Ads 468x60px

Sabtu, 26 September 2009

Sumbangan HELWA

Salam Aidilfitri...Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa HELWA turun menabur bakti di sekitar Taman Universiti, Skudai pada 17 September 2009 / 27 Ramadhan 1430H yang lalu.

read more

Jumaat, 25 September 2009

Catatan KSSSB 1430H (14 - 18 Sept 2009)

Assalamualaikum WBTH. Salam Perjuangan Ukhwah Fillah....

* Nilai sumbangan yang direkodkan di sekretariat skuad Prihatin sehingga 11 pagi 13 September 2009 ialah RM 8798.10 tunai serta 2075kg beras

 

14 September 2009 (Isnin)


SP sekali lagi
read more

Kembara Ramadhan 2009 : Album 3

Lagi gambar-gambar di sekitar Kembara Ramadhan 2009 @ Kota Tinggi.

read more

Kembara Ramadhan 1430H di Kota Tinggi

Salam Perpaduan...

Pada 12 hingga 13 September 2009 yang lalu, Skuad Prihatin dengan kerjasama ABIM Johor dan ABIM Kota Tinggi telah mengadakan Kembara Ramadhan 1430H bertemat di Kg. Panchor dan Perkampungan Orang Asli Pasir Salam, Kota Tinggi, Johor.Alhamdulillah, seramai 30 orang telah terlibat sama di dalam kembara ini. 15 orang krew Skuad Prihatin telah turut serta dalam misi kembara ini dengan selebihnya ialah penglibatan aktif daripada pihak ABIM Johor yang menghantar wakil dari beberapa daerah serta dari Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ). Malah, turut serta dalam kembara ini ialah Sdr. Presiden ABIM beserta 3 orang Exco ABIM Negeri Johor.

12 September 2009

8.00 pg: Skuad Prihatin (SP) berkumpul di Kompleks Mustika Embun, Jalan Abdul Rahman Andak, Johor Bahru sebagai check point pertama. Persiapan awal melibatkan peralatan dan kenderaan serta taklimat awal.

9.00 pg: Sdr. Muhammad Razak Idris, Presiden ABIM selamat tiba di Lapangan Terbang Senai, Johor untuk turut sama dalam kembara ini. Ketibaan beliau telah disambut oleh Sdr. Zoolhilmi Ahmad, Exco ABIM Negeri Johor. Kedua-duanya terus bergerak ke Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi (check point kedua). Di situ, pihak ABIM Kota Tinggi telah menanti untuk mengetuai perjalanan kembara seterusnya. Pada masa yang sama rombongan kembara dari Johor Bahru juga bergerak ke Kota Tinggi.

11.30 pg: Kesemua peserta kembara telah selamat tiba di Felda Air Tawar 2 dan bermula dari sini pihak ABIM Kota Tinggi akan mengetuai perjalanan kembara ini memandangkan mereka merupakan warga tempatan dan juga pihak yang membantu dari sudut lokasi dan logistik. Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, taklimat ringkas telah diberikan berkenaan perjalanan yang seterusnya.


12.00 tgh: Seterusnya Skuad Prihatin bergerak ke Kg. Panchor secara konvoi yang mengambil masa lebih dari setengah jam untuk tiba di sana. Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar walaupun keadaan permukaan jalan yang tidak begitu baik. Namun sesuatu yang membuatkan kami agak kagum ialah keadaan jalan yang baik dan baru sebaik tiba di Kg. Panchor. Pada kesempatan ini juga kami telah di bawa menziarahi tapak-tapak tinggalan sejarah lama Johor iaitu dua lokasi Makam Di Raja kerajaan Johor Lama.

1.00 ptg: Setelah tiba di jeti Kg. Panchor (check point ketiga) kami berehat sambil beramah mesra dengan penduduk tempatan yang ada di sekitar sebelum bertolak ke Kg. Pasir Salam dengan menaiki bot. Sesi taklimat penuh juga diadakan di Masjid Kg. Panchor yang terletak berhampiran setelah usai solat Zuhur berjemaah.

2.30 ptg: Pergerakan berikutnya ialah ke Perkampungan Orang Asli Pasir Salam dengan menaiki bot yang mengambil masa lebih kurang 5 ke 8 minit untuk setiap trip. Ia memerlukan 3 kali trip untuk membawa kami dan barang-barang bantuan. Kali ini perjalanan bot ini telah turut disertai oleh 3 orang wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi yang turut sama prihatin bagi sama-sama menyampaikan sumbangan.



3.15 ptg: Setelah kesemuanya selamat tiba di Kg. Pasir Salam, kami bergerak ke Surau Pasir Salam di mana ia akan menjadi pusat aktiviti utama bagi kembara ini. Bagaimana pun bergerak pada waktu tengahari yang panas terik di bulan puasa agak meletihkan dan memerlukan kami tempoh rehat sementara sebelum ke perancangan yang seterusnya. Namun, semangat nabi dan para sahabat yang kerap berjuang berperang di medan jihad demi menegakkan Islam terus tersemat dalam diri masing-masing yang hanya hanya melihat perjalanan kembara ini sebagai halangan kecil.

4.30 ptg: Seusai solat Asar, sesi sidang bulat bersama wakil masyarakat orang Asli Kg. Pasir Salam iaitu En. Abu Bakar dilangsungkan sebagai sesi perkenalan dan diskusi sihat yang melibatkan budaya, sosial, agama, dan sebagainya sebelum aktiviti-aktiviti yang lain dijalankan agar keharmonian penduduk setempat tidak terganggu memandangkan lebih dari 75 peratus daripada mereka bukan beragama Islam. Namun, kami melihat ia sebagai peluang untuk menunjukkan keindahan Islam kepada mereka.

5.00 ptg: Aktiviti pertama kami di sini ialah gotong-royong membersihkan kawasan utama kampung di sekitar surau, balai raya dan kawasan yang berhampiran. Menariknya ialah terdapat beberapa kanak-kanak tempatan yang turut sama membantu kami melakukannya.

6.00 ptg: Setelah itu, kami mula bergerak membuat lawatan ke rumah-rumah dan memberikan sumbangan sekampit beras kepada penduduk mengikut jumlah keluarga yang dikhabarkan sebanyak 30 buah rumah. Bagaimanapun tujuan utama kami ialah untuk membina hubungan silaturrahim dan persahabatan dengan para penduduk yang kebanyakannya bukan beragama Islam, dan sumbangan tersebut merupakan simbol keprihatinan kami yang tidak memandang agama sebagai suatu halangan untuk bertolak-ansur dan saling hormat-menghormati serta bantu-membantu juga memandangkan kita hidup dalam masyarakat majmuk.

7.00 mlm: Akhirnya saat yang dinanti-nantikan bagi setiap orang yang berpuasa tiba, iaitu waktu berbuka puasa. Kami telah berbuka puasa di surau dan turut disertai beberapa orang penduduk yang beragama Islam dan kanak-kanak. Walaupun makanan yang dikongsi bersama dalam dulang tidaklah banyak dan mewah, tetapi ia cukup mengenyangkan dan dinikmati bersama dengan rasa syukur. Malahan keletihan yang dirasai sepanjang hari di bawah suhu yang berbahang seperti hilang.

Selesai solat maghrib, kami dan penduduk kampung beragama Islam telah sama-sama membaca zikir al-ma’thurat dan kemudiannya mengikuti tazkirah yang disampaikan oleh Ust. Ab. Razak Aripin, Timbalan Yang Di-Pertua ABIM Johor. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengadakan sesi taaruf dan perkenalan dengan semua yang hadir. Setelah itu kami solat Isya’ berjemaah diikuti dengan solat tarawikh 8 rakaat.



9.30 mlm: Sesi Pengenalan ABIM dan Amanat daripada Presiden ABIM, Muhammad Razak Idris. Melalui sesi ini, saudara Presiden telah berkongsi sejarah dan matlamat ABIM dan kemunasabahan program sebegini dianjurkan dengan penglibatan daripada entiti-entiti seperti Skuad Prihatin. Beliau turut menyentuh kepentingan penglibatan konsisten generasi muda belia kepada pembangunan, kemajuan dan konsistensi sesebuah masyarakat, negara dan tamadun.

10.30 mlm: Berikut ialah masa untuk Moreh. Ringkas, namun begitu menyegarkan dan cukup sekadar yang diperlukan sambil mengeratkan silaturrahim di kalangan peserta kembara itu sendiri.

11.00 mlm: Memandangkan bekalan elektrik kami di sini bergantung kepada generator, kami harus berjimat menggunakannya terutamanya bekalan petrol yang dibawa. Juga kami perlu bangun di awal pagi dengan harapan agar bertemu dengan malam lailatul qadar, insyaAllah. Justeru, kembara singkat kami berakhir di sini untuk hari pertama ini.

13 September 2009

3.30 pg: Kebanyakan daripada kami telah bangun pada waktu ini, masing-masing dengan ’urusan’ sendiri. Sebahagian pula, setelah melakukan solat-solat sunat bergegas untuk menyediakan juadah bersahur untuk kami.

5.30 pg: Seusai bersahur dan solat Subuh berjemaah, Sdr. Salehuddin, Setiausaha ABIM Negeri Johor dan Ust. Ab. Razak bergerak balik ke Johor Bahru mengiringi saudara Presiden ABIM memandangkan beliau perlu terbang balik ke Kuala Lumpur pada jam 9.30 pagi. Sementara itu, kami mengambil peluang ini untuk berkemas, berehat dan melakukan aktiviti dan ibadat tambahan yang perlu di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini sebelum jadual aktiviti kami bermula kembali pada jam 8 pagi.



8.00 pg: Setelah bersiap mengemas barang-barang dan peralatan yang dibawa serta surau tempat kami berteduh, kami bergerak menuju jeti Kg. Pasir Salam untuk kembali ke Kg. Panchor pula bagi memenuhi aktiviti seterusnya di sana.

9.30 pg: Kembali semula ke Kg. Panchor dan kami berkumpul di Sek. Keb. Panchor untuk mengemas beberapa barang sumbangan dan sesi taklimat kembara untuk hari kedua. Ketibaan kami turut dialu-alukan oleh Guru Besar Sek. Keb. Panchor, Cikgu Zawawi yang banyak membantu dalam menjayakan program ini pada peringkat awal perancangannya. Beliau turut berkongsi kisah berkenaan Kg. Panchor dan sejarahnya. Ianya sungguh informatif buat kami.

10.00 pg: Matlamat kami seterusnya ialah bergotong-royong membersihkan Masjid Kg. Panchor dan kawasan sekitarnya. Setelah selesai, kami bergerak untuk melakukan ziarah dan sekaligus menyampaikan sumbangan kepada penduduk-penduduk kampung yang terpilih yang telah dikenalpasti sebelumnya. Kami bergerak dalam 3 kumpulan, dengan 1 kumpulan bergerak dengan kenderaan pacuan empat roda manakala 2 kumpulan lagi dengan berjalan kaki. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dengan bantuan penduduk tempatan tentunya.

12.00 tgh: Setelah berehat seketika bagi menghilangkan letih, kami telah berkesempatan melawat atau lebih tepat dibawa meneroka laluan tracking di hutan Panchor. Terima kasih kepada Pak Hamid yang sudi membimbing kami dan berkongsi banyak pengalaman dan sejarah tempatan sebelum, semasa dan selepas perjalanan di hutan tersebut.

1.30 ptg: Selesai membersihkan diri, berkemas-kemas dan solat Zuhur berjemaah, pihak ABIM Kota Tinggi mengadakan majlis penutup di Masjid Kg. Panchor sebagai tanda penghargaan kepada para sukarelawan yang menyertai Skuad Prihatin bagi turut serta dalam kembara ini. Walaupun ianya suatu perjalanan yang agak singkat, namun ia tetap merupakan pengalaman yang begitu bermakna sekali buat semua peserta kembara kerana begitu banyak yang diperolehi daripada kembara ini yang tidak dapat dikongsikan bersama di sini.

2.15 ptg: Semuanya bersurai pulang dan sebahagian kumpulan masih sempat singgah menyampaikan sumbangan kepada kampung berhampiran di dalam perjalanan pulang sebelum keluar dari kawasan pedalaman Panchor. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi semuanya berjalan dengan baik. Moga tradisi kembara ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan kerjasama dan penglibatan pihak-pihak lain pula, insyaAllah.

Setinggi ucapan penghargaan yang tidak terhingga Skuad Prihatin ucapkan kepada pihak ABIM Johor terutamanya ABIM Kota Tinggi yang banyak membantu merealisasikan program ini, penduduk kampung Panchor dan Pasir Salam, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi, Pejabat Agama Daerah Kota Tinggi, KPIJ, dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan program yang begitu bermakna ini. Wassalam, sekian sahaja catatan kembara untuk edisi ini. Moga usaha yang sedikit ini dapat memberi manfaat.

Ibnu Ahmad Al-Funtiani

read more

Jumaat, 18 September 2009

Kembara Ramadhan 2009 : Album 2

Lagi gambar-gambar di sekitar Kembara Ramadhan 2009 @ Kota Tinggi.



read more

Kembara Ramadhan 2009 @ Kota Tinggi

Salam. Antara detik-detik yang di tangkap sepanjang Kembara Ramadhan 1430H di Kota Tinggi pada 12 hingga 13 September yang lalu untuk tatapan semua.


read more

Catatan KSSSB 1430H (10 - 11 Sept 2009)

Assalamualaikum WBTH. Salam Perjuangan Ukhwah Fillah...

10 September 2009 / 20 Ramadhan 1430H

10.00 pagi : SP ke Sekolah Dato’ Penggawa Timur, Masai. Menerima sumbangan 285 kg beras sumbangan daripada warga sekolah. Terima kasih diucapkan.



06.00 Petang : SP diwakili oleh Yang Di-Pertua ABIM Negeri Johor, Dr. Hj. Shahrum Shah Bin Abdullah serta Sdr. Sidek Roslan, Penolong Setiausaha ABIM Negeri Johor diundang untuk bersama dalam majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan beras di Politeknik Pasir Gudang, Johor Bahru. Terima kasih warga Politeknik Pasir Gudang atas komitmen dan sumbangan kalian semua. Semoga dipermudahkan segala urusan.




11 September 2009 / 21 Ramadhan 1430H


SP bergerak ke Batu Pahat jam 01.00 pagi.

08.00 pagi : Melunaskan temujanji dengan pihak SK Tengku Mariam untuk menerima sumbangan wang tunai untuk KSSSB 2009. Terima kasih warga SK Tengku Mariam, Batu Pahat.

10.00 pagi : Menerima sumbangan daripada Taski Hidayah, Kluang sebanyak 205kg beras serta wang tunai RM365.00. Terima kasih warga Taski Al-Hidayah, Mersing.

11.00 pagi : Menerima sumbangan daripada Taski As Sakinah, Batu Pahat. Sebanyak 75kg beras serta wang tunai RM1,376.00 dari empat buah taski di Batu Pahat. Terima kasih ibubapa penjaga Taski As Sakinah, Batu Pahat.

Abu Muhammad (II)


read more

Khamis, 17 September 2009

Catatan HELWA @ KSSSB 1430H (17 Sept 2009)

Bismillahirrahmanirrahim.Salam ukhuwah...

17 September 2009 / 27 Ramadhan 1430H

10.30 pagi : Misi Skuad Prihatin pada hari ini ialah mengagihkan sumbangan sekampit beras dan makanan asas kepada penerima sumbangan di Taman Teratai dan Taman Universiti, Skudai. Semasa kami tiba di rumah keluarga yang menerima sumbangan, kebanyakannya sedang mengemas rumah untuk menyambut lebaran. Mereka tinggal di kawasan perumahan tetapi mereka boleh dianggap miskin kerana ada diantara mereka yang terputus bekalan air dan elektrik serta tiada pengangkutan.

1.30 tengahari : Telah selesai mengagihkan kepada 9 keluarga. Berhenti solat zohor di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid.

2.00 petang : Pergerakan Skuad Prihatin diteruskan lagi ke 9 keluarga yang lain. Semua penerima berasa terharu atas sumbangan yang diberikan kerana ia dapat dimanfaatkan bagi menyediakan kelengkapan hari raya yang bakal menjelang. Kegembiraan itu diluahkan oleh mereka sejurus selepas sumbangan diberikan. Selain itu, mereka juga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kami terutamanya pihak penyumbang yang telah bermurah hati menghulurkan bantuan meringankan bebanan yang ditanggung selama ini.
read more

Rabu, 16 September 2009

HELWA Turun Menabur Bakti

Bismillahirrahmanirrahim. Salam perjuangan...

03 - 04 September 2009 / 13 - 14 Ramadhan 1430H

HELWA ABIM Johor turut terlibat membantu misi Skuad Prihatin. Pada kedua-dua hari ini, Ketua Helwa ABIM Negeri Johor, Nur Fauzana Abd Rahman dan Exco Pendidikan ABIM Johor, Irny Suzila Ishak telah turun padang untuk melakukan bancian di 8 buah rumah penerima sumbangan di sekitar kawasan perumahan Taman Universiti, Skudai.



11 September 2009 / 21 Ramadhan 1430H

10.00 pagi : Untuk berkongsi kegembiraan menyambut Aidilfitri, pihak HELWA telah menambah beberapa makanan asas daripada sumbangan pihak-pihak tertentu selain sekampit beras. Semoga dengan usaha kecil ini dapat meringankan beban keluarga yang menerima amnya dan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah khususnya.

12.00 tengahari : Kami baru menerima senarai penerima sumbangan daripada sekolah-sekolah di Taman Universiti pada minggu ini. Bancian diteruskan lagi di 12 buah rumah keluarga pelajar miskin.

12 September 2009 / 22 Ramadhan 1430H

Seawal pagi lagi barang-barang sumbangan dibungkus untuk memudahkan urusan penyerahan KSSSB pada 17 September 2009. Kekangan masa sebagai pelajar menyebabkan kami hanya berpeluang melakukan misi ini selepas tamat kuliah dan hari cuti.


read more

Catatan KSSSB 1430H (8 Sept 2009)

Assalamualaikum WBTH. Salam Perjuangan Ukhwah Fillah...

8 September 2009 / 18 Ramadhan 1430H

Misi Skuad Prihatin (SP) pada hari ini ialah untuk menghantar bekalan 100 kampit beras ke Kota Tinggi untuk Kembara Ramadhan yang dijangkakan pada 12 dan 13 September 2009 di kawasan perkampungan di persisiran Sungai Johor.

09.00 pagi : Pergerakan SP Ke Taski Al-Ummah Johor Bahru di Jalan Sahabat, Kampung Melayu Majidi, Johor Bahru. Menerima sumbangan 35 kampit beras dan tunai RM236.00 untuk diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan. Terima kasih ibubapa penjaga anak-anak di Taski Al-Ummah, Johor Bahru.

10.00 Pagi : Tiba di kempas (Rumah Tn. Hj. Hussin). Menerima sumbangan 20 kampit beras sumbangan Jemaah Malabar Negeri Johor. Selepas ini, pergerakan SP terus menuju ke Kota Tinggi. 55 kampit beras yang dibawa dari Johor Bahru diturunkan di rumah Tn. Hj. Shihab (mantan Setiausaha ABIM Kota Tinggi). Pergerakan SP terus ke Mersing untuk menemui beberapa penyumbang di sana. Terima kasih sahabat-sahabat Malabar Negeri Johor.


01.00 Petang : Tiba di Mersing. Selesai solat jamak, SP terus ke Hotel Seri Malaysia Mersing. Bertemu dengan En.Onil dan Pn. Zaharah wakil pihak pengurusan. Menerima 30 kampit sumbangan beras. Sp terus ke Taski Al-Hilal. Menerima sumbangan ibubapa bernilai RM625.00 serta 60kg beras. Terima kasih warga kerja Hotel Seri Malaysia Mersing serta ibubapa adik-adik Taski Al-Hilal, Mersing.


03.00 Petang : Terus bergerak ke Kota Tinggi. Ambil beras 55 kampit di rumah Hj Shihab dan terus keseluruhan 91 kampit beras dihantar ke Felda Air Tawar 02 sebelum dipunggar dengan bantuan kenderaan pacuan 4 roda ke kawasan pedalaman untuk Kembara Ramadhan 1430H pada 12 & 13 September 2009 akan datang.

07.12 Malam : Berbuka di rumah Cikgu Nizarudin (SU ABIM Daerah Kota Tinggi). Turut bersama SU Kewangan, Ust Hawari serta Ust Zaidi, YDP ABIM Kota Tinggi. 

Pada hari ini juga Skuad Prihatin menerima sumbangan daripada EON Malaysia Berhad 20 kampit beras. Terima kasih EON.

Abu Muhammad (II)

read more

Selasa, 15 September 2009

Catatan KSSSB 1430H (5 - 6 Sept 2009)

Assalamualaikum WBTH. Salam Perjuangan Ukhwah Fillah...

05 - 06 September 2009

Skuad Prihatin dengan kerjasama ABIM Kota Tinggi telah menggerakkan usaha penyampaian sumbangan beras kepada keluarga miskin di sekitar Kg. Seluyut dan Perkampungan Orang Asli di Mawai, Kota Tinggi. Lebih 40 keluarga terdiri daripada golongan miskin dan fakir serta kurang upaya mendapat manfaat daripada misi kali ini.

Berikut disertakan beberapa petikan gambar sepanjang dua hari pergerakan Skuad Prihatin tersebut.


Abu Muhammad (II)

read more

Selasa, 1 September 2009

Wallpaper Skuad Prihatin (Koleksi 1)

Salam buat semua. Buat julung kalinya kami di Skuad Prihatin menghasilkan wallpaper untuk desktop (antaramuka komputer) anda dalam resolusi tinggi dan berkualiti. Dapatkannya sekarang! InsyaAllah pelbagai reka bentuk wallpaper yang menarik akan menyusul. Doakan usaha kami ini. (",) Namun, sekiranya anda memiliki idea dan ingin menyumbang wallpaper, kami sangat mengalu-alukan dengan syarat perkataan SKUAD PRIHATIN atau alamat blog rasmi Skuad Prihatin (http://skuadprihatin.blogspot.com) disertakan dalam wallpaper tersebut.

Wallpaper A.F. (SolehTeen Edition)

(Saiz : 1754 x 1240)
Sila klik pada imej untuk saiz penuh

read more
Bismillahirrahmanirrahim.Salam perjuangan...

Berikut adalah senarai penerima sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSSB) ABIM Negeri Johor di Taman Universiti :

  1. Mohd Nor Imran B Ramdan : Anak yatim
  2. Mohammad Haikal Danial B Yazid : Anak yatim
  3. Muhammad Akmal Danial B Yazid : Anak yatim
  4. Khairul Izzudin B Zulfikri : Anak yatim
  5. Mohd Naiman B Azmi : Anak angkat
  6. Nurismahani B Sidek
  7. Nur Hakim B Rahmat : Anak yatim
  8. Nursyahirah Bt Samsor Kamar : Ibu (tinggal)
  9. Muhammad Yusri B Salleh
  10. Alias Solihin B Abdul Samad
  11. Nur Zukrina Bt Zuraihan : Ibu (tinggal)
  12. Iqmal ZurHakimi B Azizan : Ibu (tinggal)
  13. Nor Fazila Bt Kasnun : Daif
  14. Norita Bt Sofie : Daif
  15. Nurul Noor Atiqah Bt Md. Isa : Ibu (tinggal)
  16. Nordiana Bt Salehoddin : Ibu (tinggal)
  17. Amin Yusuf B Mohd Rafi : Anak yatim
  18. Muhammad Zulkifli B Hussin : Anak yatim
read more

Latar Belakang Skuad Prihatin

SKUAD PRIHATIN bermula susulan daripada peristiwa tragedi besar yang melanda selatan tanahair yang berlaku pada penghujung tahun 2006. Pada waktu itu idea yang terfikir di minda adalah untuk menghulurkan bantuan segera kepada mangsa-mangsa. Justeru pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilakukan untuk merealisasikan niat untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan yang sewajarnya dan pada waktu berada dalam keadaan musibah dan kesusahan. Syukur kepada Allah usaha tersebut yang melibatkan sekumpulan penggerak serta kerjasama daripada pihak ABIM Negeri Johor yang banyak membantu telah berjaya menjayakan usaha tersebut dengan bantuan dapat dikumpul dan disalurkan melalui saluran-saluran yang pelbagai dan telus kepada mereka yang berhak.


Kemudian, bertitik tolak daripada kerjasama tersebut dengan bantuan dan kerjasama penuh ABIM Negeri Johor Skuad Prihatin ditubuhkan secara tidak rasminya dan bernaung di bawah ABIM Negeri Johor iaitu sebuah NGO yang berorientasikan dakwah Islam dan kemsyarakatan.

Dengan projek utamanya iaitu Kempen Sumbangan Seorang Sekampit Beras (KSSSB) dijalankan saban tahun, Skuad Prihatin terus komited bersama ABIM terutamanya dalam projek-projek kemsyarakatan dan bertindak sebagai tulang belakang kepada pelaksanaan program-program yang berkaitan dengan penglibatan individu yang berlatar belakang yang berbeza dari kelompok profesional, mahasiswa, dan lain-lain yang ikhlas menyumbang masa dan tenaga mereka untuk tujuan tersebut. Alhamdulillah, moga Allah akan terus merahmati mereka.

Kini, setelah masuk tahun keempat bersama ABIM Negeri Johor menjayakan projek KSSSB, Skuad Prihatin akhirnya dilancarkan secara rasminya dengan bernaung di bawah ABIM Negeri Johor dengan nama SKUAD PRIHATIN. Bagaimana pun ideanya buat masa ini, ia tidak akan didaftarkan secara rasmi melainkan hanya berkonsepkan kumpulan kesukarelaan yang dibuka kepada umum bagi mereka yang berminat dengan kerja-kerja kesukarelaan ini dan ingin menyalurkan khidmat bakti serta sumbangan kepada masyarakat. Kerana kami di Skuad Prihatin yakin, untuk melakukan amal kebajikan itu tidak perlu diumumkan atau dijadikan sebagai sesuatu yang formal melainkan ia hanya akan menyekat usaha-usaha untuk melakukan amal kebajikan tersebut. Bagaimana pun idea untuk bernaung di bawah ABIM Negeri Johor adalah sebagai kaedah saluran maklumat dan sumbangan, selain sumbangan besar ABIM Negeri Johor terhadap pergerakan Skuad Prihatin yang tidak mengutamakan publisiti dan glamour.

InsyaAllah, dengan bantuan dan kerjasama kalian semua di luar sana yang berminat untuk bersama kami akan mampu menggerakkan Skuad Prihatin agar lebih agresif dan efektif.

Berikut adalah struktur organisasi Skuad Prihatin :-

Penaung :
Dr. Haji Shahrum Shah Bin Abdullah
Penasihat :
Sdr. Mohd Salehuddin Bin Ahmat Miskam
Pengerusi :
Sdr. Zoolhilmi Bin Ahmed
Timb. Pengerusi :
Sdr. Mohd Azamuddin Bin Ahmat Miskam
(Ketua Operasi)
Setiausaha :
Sdri. Siti Nur Syahirah

Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, sila berhubung dengan Sdr. Saleh (019-7718648) atau Sdr. Zool (012-7740975) atau Sdr. Azam (019-4228177) atau melalui emel rasmi kami skuadprihatin@gmail.com

read more

Catatan KSSSB 1430H (28 Ogos - 1 Sept 2009)

Assalamualaikum WBTH. Salam Perjuangan Ukhwah Fillah...

28 Ogos 2009 (Jumaat)

ALHAMDULILLAH, penghulu segala hari, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh barakah ini... 100 lagi surat sumbangan telah berjaya diedarkan kepada kalangan individu terpilih. Moga dipermudahkan surat-surat ini sampai kepada empunya pemilik yang dihasratkan.......

29 Ogos 2009 (Sabtu)

Hujung minggu yang sangat permai dan indah. Walaupun seharian berkampung di Sekretariat (8 pagi sehingga 12 malam), terasa berbaloi apabila berjaya menyiapkan lagi 400 set surat sumbangan kempen untuk diagih-agihkan kepada seluruh insan masyarakat yang dermawan... Moga keikhlasan pertolongan sukarelawan-sukarelawan yang gigih membantu sepanjang hari mendapat balasan setimpal dari Allah kelak...

30 Ogos 2009 (Ahad)

Dengan bantuan sukarelawan-sekarelawan ummat, kerja-kerja mendapatkan alamat prospek penyumbang terus istiqamah diusahakan. Ada yang menaip senarai alamat melalui direktori yang dibekalkan. Ada sebahagiannya menggunakan medium internet untuk mendapatkan senarai prospek penyumbang. Moga usaha-usaha murni sebegini terus mekar di kalangan generasi muda hari ini.

31 Ogos 2009 (Isnin)

Tatkala sedang asyik melihat warna-warni pancaran bunga api sempena ulangtahun kemerdekaan tanahair ke-52 di perkarangan Kompleks Mustika Embun, ana dikejutkan dengan panggilan seorang kenalan yang bertanyakan tentang kempen yang sedang digerakkan. Sahabat tersebut satu ketika dahulu seorang pejuang belia kini sedang dalam usaha menggerakkan sebuah rumah perlindungan warga emas di No 11, Jalan Tembusu, Majidee Park, Johor Bahru. Beliau memohon bantuan Skuad Prihatin untuk menggerakkan dana bagi menggerakkan projek murni tersebut... Mewakili Skuad Prihatin, ana menyatakan komitmen kita untuk membantu dan akan mengadakan ziarah ke rumah perlindungan tersebut untuk membuka ruang perbincangan seterusnya.... Semoga usaha untuk menggerakkan Skuad Prihatin ini secara profesional memberikan pelbagai manfaat kepada seluruh ummat...

01 September 2009 (Selasa)

Seawal jam 07.30 pagi lagi, ana telah dikejutkan dengan panggilan seorang pendidik prihatin dari Muar, Johor. Beliau menyatakan beliau diamanahkan untuk menggerakkan kempen yang sedang Skuad Prihatin gerakkan di kalangan warga pendidik di sekolah beliau. Beliau menyatakan komitmen untuk membantu dan menyatakan beberapa pendekatan yang beliau akan gunakan untuk membantu kempen ini.... Sehingga 01.00 tengari ini, tidak kurang 10 panggilan daripada wakil-wakil pendidik dari seluruh negeri Johor menelefon ana untuk berkongsi pandangan bagi melicinkan lagi gerak kerja kempen ini. Semoga bantuan semua pihak diberkati oleh Allah....

Untuk makluman semua, sehingga jam 03.00 petang ini, jumlah dana terkumpul ialah RM1,110.10 dan 20kg beras. Ana yakin, nilai ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa... Terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman.

Abu Muhammad (II)

read more