Ads 468x60px

Selasa, 1 September 2009

Catatan KSSSB 1430H (28 Ogos - 1 Sept 2009)

Assalamualaikum WBTH. Salam Perjuangan Ukhwah Fillah...

28 Ogos 2009 (Jumaat)

ALHAMDULILLAH, penghulu segala hari, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh barakah ini... 100 lagi surat sumbangan telah berjaya diedarkan kepada kalangan individu terpilih. Moga dipermudahkan surat-surat ini sampai kepada empunya pemilik yang dihasratkan.......

29 Ogos 2009 (Sabtu)

Hujung minggu yang sangat permai dan indah. Walaupun seharian berkampung di Sekretariat (8 pagi sehingga 12 malam), terasa berbaloi apabila berjaya menyiapkan lagi 400 set surat sumbangan kempen untuk diagih-agihkan kepada seluruh insan masyarakat yang dermawan... Moga keikhlasan pertolongan sukarelawan-sukarelawan yang gigih membantu sepanjang hari mendapat balasan setimpal dari Allah kelak...

30 Ogos 2009 (Ahad)

Dengan bantuan sukarelawan-sekarelawan ummat, kerja-kerja mendapatkan alamat prospek penyumbang terus istiqamah diusahakan. Ada yang menaip senarai alamat melalui direktori yang dibekalkan. Ada sebahagiannya menggunakan medium internet untuk mendapatkan senarai prospek penyumbang. Moga usaha-usaha murni sebegini terus mekar di kalangan generasi muda hari ini.

31 Ogos 2009 (Isnin)

Tatkala sedang asyik melihat warna-warni pancaran bunga api sempena ulangtahun kemerdekaan tanahair ke-52 di perkarangan Kompleks Mustika Embun, ana dikejutkan dengan panggilan seorang kenalan yang bertanyakan tentang kempen yang sedang digerakkan. Sahabat tersebut satu ketika dahulu seorang pejuang belia kini sedang dalam usaha menggerakkan sebuah rumah perlindungan warga emas di No 11, Jalan Tembusu, Majidee Park, Johor Bahru. Beliau memohon bantuan Skuad Prihatin untuk menggerakkan dana bagi menggerakkan projek murni tersebut... Mewakili Skuad Prihatin, ana menyatakan komitmen kita untuk membantu dan akan mengadakan ziarah ke rumah perlindungan tersebut untuk membuka ruang perbincangan seterusnya.... Semoga usaha untuk menggerakkan Skuad Prihatin ini secara profesional memberikan pelbagai manfaat kepada seluruh ummat...

01 September 2009 (Selasa)

Seawal jam 07.30 pagi lagi, ana telah dikejutkan dengan panggilan seorang pendidik prihatin dari Muar, Johor. Beliau menyatakan beliau diamanahkan untuk menggerakkan kempen yang sedang Skuad Prihatin gerakkan di kalangan warga pendidik di sekolah beliau. Beliau menyatakan komitmen untuk membantu dan menyatakan beberapa pendekatan yang beliau akan gunakan untuk membantu kempen ini.... Sehingga 01.00 tengari ini, tidak kurang 10 panggilan daripada wakil-wakil pendidik dari seluruh negeri Johor menelefon ana untuk berkongsi pandangan bagi melicinkan lagi gerak kerja kempen ini. Semoga bantuan semua pihak diberkati oleh Allah....

Untuk makluman semua, sehingga jam 03.00 petang ini, jumlah dana terkumpul ialah RM1,110.10 dan 20kg beras. Ana yakin, nilai ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa... Terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman.

Abu Muhammad (II)

0 comments:

Catat Ulasan