(1 HINGGA 7
RAMADHAN 1433 H / 21 HINGGA 27 JULAI 2012)
Alhamdulillah gerak kerja awal Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) pada kali ini berjalan dengan lancar walau pun bermula agak lewat. Namun atas sokongan banyak pihak dan perincian pengurusan yang lebih baik telah banyak membantu melicinkan urusan-urusan persiapan awal kempen ini digerakkan. Perbelanjaan untuk urusan permulaan KSSB
2012 adalah sebanyak RM 6,275.30 yang melibatkan urusan pos, percetakan, servis
kenderaan dan pembelian barang makanan untuk sumbangan. Seorang sukarelawan
sepenuh masa telah terlibat dalam KSSB pada kali ini.
Sebanyak 2034 keping surat telah dipos
kepada para penyumbang seluruh negara yang melibatkan agensi-agensi kerajaan
dan swasta, institusi-institusi pendidikan awam dan swasta, syarikat-syarikat
perusahaan kecil dan sederhana, pertubuhan dan persatuan, hotel dan resort,
bank-bank serta orang perseorangan. Manakala 1000 keping borang telah diedarkan
untuk edaran dalaman yang melibatkan agensi-agensi di bawah selian ABIM Negeri
Johor. Sehingga minggu pertama sebanyak 54 keping surat telah dikembalikan semula
kepada Sekretariat KSSB kerana alamat tidak lengkap, tidak diketahui dan sudah
berpindah. Dana terkumpul daripada penyumbang adalah sebanyak 340 kg beras dan
wang tunai berjumlah RM 3,710.10.
Sesi pertama penyampaian sumbangan KSSB
2012 telah berlangsung pada 1 Ramadhan bertempat di daerah Kota Tinggi. Program
yang diberi nama Program Semurni Kasih
Ramadhan telah melibatkan kerjasama antara ABIM Negeri Johor, ABIM Daerah Kota
Tinggi dan guru-guru SK Muzaffar Syah.
ABIM Negeri Johor telah menyalurkan
sebanyak 20 kampit beras dan bahan-bahan makanan dengan anggaran nilai sebanyak
RM 1,000.00 daripada dana KSSB negeri. Manakala, ABIM Daerah Kota Tinggi telah berjaya
mengumpul sebanyak 38 kampit beras, 7
kotak pakaian, keperluan dapur dan 70 bungkusan kurma. Para penerima sumbangan
terdiri daripada masyarakat berkeperluan yang tinggal di Kg. Seluyut, Kg. Pasak
dan Kg. Minchu. Adapun sebanyak 74 hamper beserta pamplet Tazkirah Ramadhan telah
disampaikan kepada para pesakit di Wad Pesakit Lelaki, Wanita dan Kanak-kanak Hospital
Kota Tinggi.