Ads 468x60px

Sabtu, 14 November 2009

Misi Agenda Tempatan

Pada 13 November 2009, Skuad Prihatin (SP) telah menghantar 200 kotak air mineral untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri Utara dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia melalui Skuad Prihatin ABIM Pusat.

Sumbangan tersebut telah dihantar terus daripada gudang di Kota Tinggi ke Pusat Pengumpulan Sumbangan Skuad Prihatin ABIM Pusat di Kg. Cangkat, Gombak, Selangor sebelum dihantar kepada kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir. Sumbangan yang disalurkan ini sebahagian sumbangan awal daripada Skuad Prihatin ABIM Johor. Pihak SP sedang menggerakkan dana sumbangan orang ramai untuk menyalurkan sumbangan seterusnya kepada insan-insan yang terjejas akibat banjir.  

Abu Muhammad (II)

read more

Misi Agenda Antarabangsa

Dalam mesyuarat Lembaga Pengelola Skuad Prihatin yang lalu, sejumlah RM3,000.00 telah diluluskan untuk disumbangkan kepada dana pembangunan semula kawasan terjejas di Padang, Sumatera Barat, Indonesia akibat bencana gempa bumi yang berlaku pada 30 September 2009 yang lalu melalui Global Peace Mission (GPM).

Dana yang disumbangkan tersebut khas untuk pembangunan pendidikan yang terjejas teruk akibat gempa bumi 7.6 pada skala Richter.

SP akan turut menggerakkan dana pembangunan tersebut dari semasa ke semasa untuk umat yang diuji di sana.

Abu Muhammad (II) 

read more

Selasa, 10 November 2009

Misi Agenda Setempat (MAS)




Pada 09 November 2009 pada jam 3.30 petang Skuad Prihatin ABIM Negeri Johor diketuai oleh Pn. Fauzana Binti Abdul Rahman (Ketua HELWA ABIM Johor) dengan kekuatan pasukan empat orang telah ke Flat Seri Balas, Permai, Kempas, Johor Bahru. Misi SP kali ini ialah untuk menziarahi seorang ibu malang dengan tujuh orang anak tanpa pembelaan oleh mana-mana pihak. Sedikit sumbangan awal disampaikan oleh SP untuk meringankan beban keluarga tersebut.

Setelah ditemubual, pihak SP dikejutkan dengan pelbagai isu berkaitan keluaraga malang ini terutama berkenaan kesihatan ibu tersebut serta urusan harian anak-anaknya yang berumur antara 2 hingga 14 tahun tidak diurus dengan sempurna dan hanya mengharapkan bantuan umum sahaja. Pihak SP terpanggil untuk membantu keluarga malang ini dengan merujuk kes ini terus kepada beberapa pihak berwajib yang berkenaan.

Abu Muhammad (II)
read more