Ads 468x60px

Jumaat, 25 September 2009

Catatan KSSSB 1430H (14 - 18 Sept 2009)

Assalamualaikum WBTH. Salam Perjuangan Ukhwah Fillah....

* Nilai sumbangan yang direkodkan di sekretariat skuad Prihatin sehingga 11 pagi 13 September 2009 ialah RM 8798.10 tunai serta 2075kg beras

 

14 September 2009 (Isnin)


SP sekali lagi dijemput ke Tadika Al-Ummah Johor Bahru untuk mengambil baki sumbangan beras dan tunai sumbangan ibubapa. Sdr. Sidek Roslan mewakili SP. Terima kasih diucapkan.
 


15 September 2009 (Selasa)

Skuad Prihatin (SP) yang diwakili Abu Muhammad (II) dan Sdr. Sidek Roslan pada hari ini telah ke beberapa lokasi untuk bertemu dengan penyumbang-penyumbang budiman.


10.00 pagi : Destinasi – Lion Southen, Taman Perindustrian Tebrau, Johor Bahru.
11.00 pagi : Destinasi – SK Perumahan 02, Tampoi.
11.30 pagi : Destinasi – SMK Taman Rinting 02, Masai
12.30 tgh : Destinasi – SMK Sri Tebrau, Johor Bahru
02.30 ptg : Mendapatkan bekalan untuk sumbangan
 

16 September 2009 (Rabu)

SP diwakili oleh Ust Ab. Razak Bin Aripin menerima sumbangan dari SK Taman Universiti 02, Skudai. Gerak kerja seterusnya menyediakan 120 Set sumbangan untuk 120 prospek yang telah dikenalpasti seluruh negeri Johor. Pada sebelah malam, 31 orang penerima diraikan dalam majlis Iftar Jama’ei ABIM Johor.



Sejurus selepas tamat program bersama umat di JB pada malam sebelumnya, SP diwakili Abu Muhammad (II) bergerak ke Muar sekitar 12.00 pagi untuk menerima sumbangan daripada warga pendidik dan staf Maahad Muar serta Tadika Al-Huda, Muar. Alhamdulillah lebih setengah Tan sumbangan beras disumbangkan kepada KSSSB.

SP dengan diwakili HELWA ABIM Johor serta HEWI PKPIM-UTM ke rumah-rumah pelajar untuk menyampaikan sumbangan. 20 keluarga mendapat manfaat daripada usaha srikandi umat ini. Untuk makluman semua, pada minggu yang sudah, kumpulan srikandi ini telah terlebih dahulu ke rumah setiap prospek yang dicadangkan oleh pihak sekolah sekitar Skudai, Johor Bahru untuk memastikan bakal penerima benar-benar insan yang perlu dibantu dan layak menerima sumbangan umat ini.


Tahniah dan terima kasih dengan usaha kalian semua. Moga Allah menggandakan jariah atas usaha-usaha murni kalian semua.


18 September 2009 (Jumaat)


Pada hari terakhir penyampaian sumbangan KSSSB pada tahun ini sebelum menjelang Syawal, 14 keluarga di Kg. Sri Gading, Batu Pahat, Johor telah diziarahi oleh wakil SP yang terdiri daripada En. Ahmat Miskam Bin Sartam (wakil penduduk setempat), Sdr. Azamuddin (Ketua Operasi SP) dan En. Hishamuddin (Guru) dan seterusnya menyampaikan sumbangan KSSSB.

Di Johor Bahru, Sdr. Sidek Roslan menggerakkan penyampaian sumbangan KSSSB di sekitar Ulu Tiram.

Di sekitar kawasan Minyak Beku, Batu Pahat, Sdr. Azlan Sharif mewakili SP menyampaikan sumbangan kepada 7 keluarga yang memerlukan sumbangan.

Di sekitar Parit Ya’ani, Batu Pahat pula Abu Muhammad (II) menyampaikan sumbangan kepada 5 keluarga yang memerlukan.

Semoga usaha dan bantuan semua sahabat mendapat keredhaan Allah...

SP akan menangguhkan operasi penyampaian KSSSB bermula 18 September 2009 sehingga 27 September 2009. Operasi mengenalpasti status penerima dan seterusnya penyampaian akan diusahakan terus selepas Ramadhan 1430H.

Terima kasih kepada semua pembekal. TQ


Abu Muhammad (II)



0 comments:

Catat Ulasan