Ads 468x60px

Rabu, 16 September 2009

Catatan KSSSB 1430H (8 Sept 2009)

Assalamualaikum WBTH. Salam Perjuangan Ukhwah Fillah...

8 September 2009 / 18 Ramadhan 1430H

Misi Skuad Prihatin (SP) pada hari ini ialah untuk menghantar bekalan 100 kampit beras ke Kota Tinggi untuk Kembara Ramadhan yang dijangkakan pada 12 dan 13 September 2009 di kawasan perkampungan di persisiran Sungai Johor.

09.00 pagi : Pergerakan SP Ke Taski Al-Ummah Johor Bahru di Jalan Sahabat, Kampung Melayu Majidi, Johor Bahru. Menerima sumbangan 35 kampit beras dan tunai RM236.00 untuk diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan. Terima kasih ibubapa penjaga anak-anak di Taski Al-Ummah, Johor Bahru.

10.00 Pagi : Tiba di kempas (Rumah Tn. Hj. Hussin). Menerima sumbangan 20 kampit beras sumbangan Jemaah Malabar Negeri Johor. Selepas ini, pergerakan SP terus menuju ke Kota Tinggi. 55 kampit beras yang dibawa dari Johor Bahru diturunkan di rumah Tn. Hj. Shihab (mantan Setiausaha ABIM Kota Tinggi). Pergerakan SP terus ke Mersing untuk menemui beberapa penyumbang di sana. Terima kasih sahabat-sahabat Malabar Negeri Johor.


01.00 Petang : Tiba di Mersing. Selesai solat jamak, SP terus ke Hotel Seri Malaysia Mersing. Bertemu dengan En.Onil dan Pn. Zaharah wakil pihak pengurusan. Menerima 30 kampit sumbangan beras. Sp terus ke Taski Al-Hilal. Menerima sumbangan ibubapa bernilai RM625.00 serta 60kg beras. Terima kasih warga kerja Hotel Seri Malaysia Mersing serta ibubapa adik-adik Taski Al-Hilal, Mersing.


03.00 Petang : Terus bergerak ke Kota Tinggi. Ambil beras 55 kampit di rumah Hj Shihab dan terus keseluruhan 91 kampit beras dihantar ke Felda Air Tawar 02 sebelum dipunggar dengan bantuan kenderaan pacuan 4 roda ke kawasan pedalaman untuk Kembara Ramadhan 1430H pada 12 & 13 September 2009 akan datang.

07.12 Malam : Berbuka di rumah Cikgu Nizarudin (SU ABIM Daerah Kota Tinggi). Turut bersama SU Kewangan, Ust Hawari serta Ust Zaidi, YDP ABIM Kota Tinggi. 

Pada hari ini juga Skuad Prihatin menerima sumbangan daripada EON Malaysia Berhad 20 kampit beras. Terima kasih EON.

Abu Muhammad (II)

0 comments:

Catat Ulasan