Ads 468x60px

Isnin, 29 Ogos 2011

Bantuan Fakir Miskin Di Mersing, Johor

Pada 27 Ogos 2011 bersamaan 27 Ramadhan 1432 Hijrah, Skuad Prihatin ABIM Johor dengan kerjasama ABIM Daerah Mersing telah melaksanakan Misi Sumbangan dan Cerapan (MSC) di daerah Mersing.
Misi yang diketuai oleh Sdr.Sidek Roslan, Exco Skuad Prihatin ABIM Johor telah berjaya untuk sama–sama turun padang dalam menjayakan misi kali ini.
Antara lain, pihak Skuad Prihatin juga akan membantu memanjangkan kesulitan yang dihadapi oleh mereka ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan yang sewajarnya daripada pihak berwajib untuk mereka meneruskan kehidupan selepas ini.
Seramai 20 buah keluarga menerima sumbangan ikhlas daripada Skuad Prihatin ABIM Johor . Modus Operasi rumah ke rumah yang telah diketuai oleh Sdra Abg Mi [Ahli ABIM Daerah Mersing].
Sumbangan berupa barangan keperluan dapur seperti beras , minyak masak, gula, tepung, kicap, sos cili, telur dapat disumbangkan kepada setiap keluarga penerima. Alhamdulillah misi berjaya mencapai matlamat dan berakhir sekitar pukul 5.00 petang tibanya di sekretariat.
read more

Jumaat, 26 Ogos 2011

Iftar Bersama dan Penyampaian Sumbangan

25 Ramadhan 1432 H Bersamaan 25 Ogos 2011

Pada 25 Ramadhan 1432H, Skuad Prihatin dengan kerjasama ABIM Johor dan ABIM Daerah Johor Bahru telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan beras dan berbuka puasa bersama. Alhamdulillah, seramai 80 orang telah terlibat sama di dalam dwi majlis ini. 5 orang krew Skuad Prihatin telah turut serta dalam aktivti ini dengan selebihnya ialah penglibatan aktif daripada pihak ABIM Johor, WADAH Negeri Johor dan juga guru- guru Sekolah SRI JB.
Catatan
3 Petang : Skuad Prihatin (SP) berkumpul di Kompleks Mustika Embun, Jalan Abdul Rahman Andak, Johor Bahru.
5 ptg : Sumbangan di Sekolah Kebangsaan Johor Jaya 1 di kawasan Pasir Gudang Johor Bahru Johor. Seramai 30 keluarga penerima telah kita sumbangkan .
7 mlm : Tibanya di Sekolah Sri Islam ABIM di Johor Bahru , bersiap -siap bersama warga sekolah meliputi guru-guru dan pelajar darjah 5 dan 6. Berbuka puasa bersama dan berjamaah solat maghrib & hajat.
9 mlm : Selepas Tarawikh, diadakan sedikit majlis sumbangan kepada anak-anak yatim di sekolah ini dan beberapa individu fakir yang telah direkodkan oleh Skuad Prihatin Johor.
11mlm : Majlis tamat
Sedikit lensa bersama :
read more

Khamis, 25 Ogos 2011

Sukarelawan Helwa SP Johor bersama Ibu Tunggal

Rabu [24 Ramadhan 1432H bersamaan 24 Ogos 2011]
10 Ogos yang lepas , kami di Sekretariat Skuad Prihatin Johor menerima laporan daripada masyarakat prihatin bahawa terdapat golongan fakir dan ibu tunggal di kawasan tempat tinggal mereka. Lensa [Puan Hasmida Bt Omar] menyerahkan sumbangan keperluan asas kepada ibu tunggal di kawasan Johor Bahru yang merupakan kawasan tempat tinggal beliau.
Sumbangan berupa beras 10 kg dan barangan dapur meliputi tepung,gula,minyak,susu dan biskut. Semuga sumbangan yang kecil ini dapat serba sedikit meringankan beban mereka menjelang syawal.
Sekian .
read more

Krew Skuad Prihatin Ke Batu Pahat

23 Ramadhan 1432H / 23 Ogos 2011
Lokasi : Surau Taman Sri Penggaram
Pada 23 Ogos 2011 lepas , Wadah Pencerdasan Ummat bersama ABIM Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Jawatankuasa Surau dan Skuad Prihatin Johor telah menyampaikan sumbangan di Surau Taman Sri Penggaram Batu Pahat Johor. Seramai 61 asnaf telah dikenalpasti oleh jawatankuasa surau yang meliputi 3 buah kg disekitar surau berkenaan. Simbolik serahan sumbangan telah disampaikan oleh wakil WADAH Batu Pahat Hj. Gahafar bersama wakil Surau Hj Ali , pengerusi surau .
Sumbangan ini akan disampaikan pada Sabtu 27 Ramadhan 2011 oleh penduduk qariah surau bersama sukarelawan Skuad Prihatin Johor ke rumah - rumah asnaf .Pada hari yang sama akan diadakan majlis khatam al-quran disebelah ptg terus berbuka puasa bersama. Alhamdulillah usaha murni ini terus disokong dan didukung oleh masyarakat.
Sekian, Jazakallah
read more

Hulurkan Tangan Ringankan Penderitaan Ummat

22 Ramadhan 1432 H Bersamaan 22 Ogos 2011
Lokasi : Sekolah Menengah Taman Desa Skudai
Penerima : 50 keluarga pelajar terdiri daripada anak yatim & keluarga fakir miskin
Sedikit Catatan : Gambar diatas menunjukkan simbolik penyerahan daripada wakil Skuad Prihatin Johor , Yang Di-Pertua ABIM Negeri Johor Ust. Razak Aripin kepada wakil Sekolah Menengah Taman Desa Skudai Johor Bahru. Seramai 50 pelajar penerima telah dilaporkan oleh pihak sekolah kepada kami. Majlis penyerahan diadakan pada Rabu , 23 Ramadhan 1432H di dataran sekolah. Setiap individu akan menerima 10 Kg beras setiap seorang . Wallahualam , sekian dari meja sekretariat KSSSB 2011
read more

Isnin, 22 Ogos 2011

Ziarah & Penyampaian Sekampit Beras di Batu Pahat

20 Ramadhan 1432 H / Bersamaan 20 Ogos 2011
Pada hari Sabtu bersamaan 20 Ogos 2011, Skuad Prihatin ABIM Johor dengan kekuatan 3 orang penggerak dengan kerjasama kelab kereta Savvy[SAVOC] wilayah selatan telah menganjurkan sumbangan beras sebanyak 86 kampit beras yg berjumlah 100kg kepada asnaf yang telah dikenalpasti di 3 buah tempat sekitar Batu Pahat, Johor. Kelab kereta SAVOC yg diwakili oleh 10 buah kereta Proton savvy dan sebuah kereta proton wira dalam kekuatan 15 orang tiba di Kompleks Mustika Embun pada jam 10.15 pg. Sebelum bertolak ke lokasi penyampaian ,sedikit taklimat pergerakan oleh Sdra. Faizul Amin , wakil daripada ABIM Daerah Batu Pahat Kami berkonvoi bersama diiringi oleh APV yang merupakan penggerak daripada Skuad Prihatin Johor .
Perjalanan ke Batu Pahat bermula dari jam 10.45 pagi dan tiba di lokasi sumbangan pertama di Rumah Amal Baitul Hanan. Sebanyak 8 kampit beras di sumbangkan disini. Misi diteruskan dengan sumbangan ke lokasi kedua iaitu Maahad Tahfiz Limpon, Batu Pahat. Sebanyak 15 kampit beras diserahkan kepada madrasah ini. Misi diteruskan ke lokasi ketiga iaitu di Kg. Parit Hj. Salleh Ros, Parit raja. Pasukan kami tiba disini pada jam 1.50 ptg dan majlis sumbangan bermula selepas kami selesai menunaikan solat zuhur.
Turut serta Pengerusi Masjid Kg Tn. Hj. Jufri bersama penerima asnaf sumbangan.Majlis penyerahan tamat pada jam 2.30 ptg, dan masing-masing bersurai untuk meneruskan agenda masing-masing. Kami terus bertolak pulang ke Johor Bahru dan tiba semula di Kompleks Mustika Embun pada jam 4.30 ptg.
Laporan Oleh : Normal Eastkandar Bin Ahmad Easteamal
read more

Jumaat, 19 Ogos 2011

Penyampaian Beras Kg Ubi Johor Bahru Johor

17 Ramadhan 1432 H bersamaan 17 Ogos 2011 [ Rabu ] Penyerahan beras kepada asnaf yang telah kami kenalpasti dalam misi cerapan sebelum ini. Alhamdulillah 5 buah keluarga mendapat sumbangan berupa beras dan barangan dapur seperti tepung, gula, susu, minyak masak . Program bermula selepas asar bersama krew sukarelawan 1. Sdra Sidek Roslan 2. Sdra Salehuddin Jamal 3. Sdra Hadi Rusdi Terus ke lokasi penyampaian. Penyampaian sumbangan diserahkan oleh Exco Skuad Prihatin ABIM Negeri Johor Saudara Sidek Roslan. Lensa bersama :
read more

Rabu, 10 Ogos 2011

Misi Sumbangan Beras [Kawasan Kempas] Johor Bahru

Liputan Ringkas : 10 Ogos 2011 Bersamaan 10 Ramadhan 1432 H




Syukur,Hari ini berjaya lagi satu misi ummat yang dianjurkan oleh Skuad Prihatin ABIM Negeri Johor dalam sesi penyerahan sumbangan beras kepada penduduk di Kawasan Jalan Belati, Taman Perindustrian Maju Jaya Kempas Johor Bahru, Johor. Sepuluh buah keluarga yang telah dikenalpasti telah menerima 20 kampit dan barangan keperluan dapur seperti Tepung,gula,susu dan minyak masak telah diberikan kepada mereka yang memerlukan.Golongan yang dibantu ini terdiri daripada golongan fakir miskin dan ibu tunggal dan anak yatim.

Program bermula jam 11.00 minit pagi dimulakan dengan doa bersama krew sukarelawan ke Pasaraya Maslee,Johor Bahru untuk membeli barangan. Solat berjamaah di Masjid berdekatan dan terus ke lokasi penyampaian. Penyampaian sumbangan diserahkan oleh Ketua Operasi Skuad Prihatin ABIM Negeri Johor Saudara Muhamad Azamuddin Bin Ahmat Miskam. Sukarelawan Bersama Saudara Normal Eastkandar Easteamal. Muga ada manfaat untuk ummat.

Insya-Allah

read more

Selasa, 9 Ogos 2011

Pemergian Seorang Pejuang Ummat



Al-Fatihah dan Salam Takziah buat keluarga serta seluruh warga ABIM Segamat atas pemergian Allahyarham Haji Shaari Ahmad pada 7 Ogos 2011 semasa sedang bertamrin di Masjid Yong Peng. Kami warga Skuad Prihatin ABIM Negeri Johor dan ABIM Negeri Johor seluruhnya menerima kejadian tersebut dengan dukacita, akan tetapi penuh redha. Semuga pemergian Allahyarham yang menyebabkan surau di kampungnya penuh sesak ketika solat fardhu Zuhur sehingga perlu dilakukan dalam 2 trip akan terus memberi semangat kepada perjuangan dakwah rakan-rakan di ABIM.

Sedikit perkongsian akhir arwah

Ahli Wadah Negeri Johor. Seorang yang berdidikasi dan berkaliber dalan tugas- tugas ummat.Pemergian Allahyarham sewaktu sedang bertamrin...beriktiqaf di dalam masjid sedang bersiap untuk qiam dalam bulan Ramadhan yang mulia ...Itulah kisah pengakhiran beliau. Bagaimana dengan kita?
Semuga menjadi ibrah kepada semua.



read more


06 Ramadhan 1432 H bersamaan 06 Ogos 2011
Liputan Oleh : Amar mnm
Misi Sumbangan Beras [KSSSB 2011]
Masjid Yong Peng, Batu Pahat Johor







Alhamdulillah, Skuad Prihatin ABIM Negeri Johor bersama ABIM NegeriJohor telah menjalankan Program Kempen Seorang Sekampit beras pada 6 Ramadhan yang lalu di masjid Yong Peng, Batu Pahat, Johor. 20 kampit beras dan barangan keperluan dapur, telah diberikan kepada mereka yang memerlukan.Ia terdiri daripada golongan fakir miskin dan ibu tunggal kawasan setempat yang telah kita kenal pasti.
Program bermula selepas solat dan tazkirah asar di Masjd Yong Peng Batu Pahat Johor bersama masyarakat setempat. Pergerakan penyampaian sumbangan diserahkan oleh Yang Di-Pertua ABIM Negeri Johor Ustaz Abd. Razak Aripin dan juga Setiausaha Jawatankuasa Masjid Tn Hj. Sukardi. Insya-Allah pada 10hb Ogos ini, Fasa seterusnya akan dilaksanakan di kawasan Kempas Johor Bahru Johor.




read more

Khamis, 4 Ogos 2011

1 Ramadhan 1432 H bersamaan 1 Ogos 2011
Misi Sumbangan Beras [KSSSB 2011]






Lokasi : Daerah Kota Tinggi 
Masa : 8.30 pagi

Sedikit Laporan aktiviti . . .


  Alhamdulillah, ABIM dan WADAH Kota Tinggi, Johor telah menjalankan Program Semurni Kasih Ramadhan pada 1 Ramadhan yang lalu di sekitar daerah Kota Tinggi, Johor. Sebanyak 44 kampit beras, barangan keperluan dapur, pakaian, dan risalah telah diberikan kepada mereka yang memerlukan. Program bermula tepat jam 8.45 pagi di SK Muzaffar Syah, Kota Tinggi. Pergerakan penyampaian sumbangan dari rumah ke rumah bermula di Kampung Seluyut dan diteruskan ke Kampung Baru Pasak dan Kampung Minchu. Objektif utama pemberian bantuan rumah ke rumah ini adalah untuk melihat sendiri keperitan kehidupan yang mereka (penerima sumbangan) alami. Tepat jam 12.45, peserta ekspidisi sumbangan ini berhenti solat di Masjid Jamek Kota Tinggi. Jam 2.00 petang, operasi diteruskan di Hospital Kota Tinggi dengan mengedarkan kurma, air mineral dan risalah panduan cara solat ketika sakit kepada para pesakit. Operasi berakhir dengan jayanya pada jam 3.15 petang. Insya-Allah pada 8hb Ogos ini, Fasa ke 2 akan dilaksanakan di Kampung Pasir Gogok dan kawasan sekitar.
read more