Ads 468x60px

Isnin, 15 November 2010

Misi Bantuan Kecemasan: Kebakaran di Kampung Seri Paya Darat, Ayer Hitam



Ayer Hitam: Dalam kemeriahan seluruh umat Islam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha 10 hari lagi,satu dugaan telah menimpa sebuah keluarga di Kampung Seri Paya Darat, Ayer Hitam pada 7 November 2010 yang lalu. Kebakaran yang berpunca dari berlakunya litar pintas itu bukan sahaja memusnahkan kediaman serta harta benda milik Puan Saringatin Jalal, malah dua orang turut terkorban di dalam kejadian itu. Mangsa adalah Lenny Mariyana Daud serta anak tunggalnya, Nur Sabihah Qasreena Mohd Nizam yang merupakan anak perempuan serta cucu kepada Puan Saringatin.

Atas dasar ehsan sesama insan, Skuad Prihatin Johor yang diwakili oleh Sdra. Muhamad Azamuddin menziarahi keluarga mangsa pada Isnin, 7 November 2010 dan memberikan sumbangan berupa wang tunai kepada keluarga tersebut. Menurut Puan Saringatin, dia redha dengan apa yang berlaku dan apa yang telah Allah aturkan. Menurutnya lagi, sekiranya tiada iman, dia tidak mampu meneruskan kehidupan ini kerana Allah mengambil anak dan kesemua harta keluarganya.Subhanallah.

Janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman(Al-Imran:139)


Dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Al-Baqarah: 286)

Semoga Puan Saringatin sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. Al-Fatihah buat Lenny Mariyana Daud dan Nur Sabihah Qasreena Mohd Nizam. Moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin
read more

Sabtu, 6 November 2010

Misi Sumbangan: Kampung Parit Haji Ali, Batu Pahat


Pada 31 oktober 2010 bersamaan 23 Zulkaedah 1431 Hijrah, Skuad Prihatin ABIM Negeri Johor telah melaksanakan misi sumbangan di Kg. Prt Hj. Ali Batu Pahat, Johor. Misi yang diketuai oleh Sdra. Muhamad Azamuddin Bin Ahmat Miskam, Ketua Operasi Skuad Prihatin berjaya menarik 15 orang belia yang terdiri daripada mahasiswa UTHM , UiTM dan pelajar Sekolah Menengah sekitar Batu Pahat untuk sama–sama turun padang dalam menjayakan misi kali ini. Turut hadir bersama di dalam misi ini adalah En. Azlan bin Sharif, Exco Majlis Belia Daerah Batu Pahat , Tn. Hj Masran B. Roslan, Setiausaha Kg. Prt Hj. Ali, dan beberapa orang penduduk kampung.

Misi ini merupakan rentetan maklum balas pihak Skuad Prihatin ABIM Negeri Johor terhadap misi cerapan yang telah dilaksanakan pada minggu lepas pada 23 Oktober 2010 yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat penerima sumbangan dengan lebih terperinci. Misi ini adalah merupakan siri yang ke 13 bagi tahun 2010.

Aktiviti bermula jam 9.30 pagi dengan sesi taklimat dan perkenalan oleh Sdra. Azamuddin diantara penggerak dan penduduk kampung. Kemudian, penggerak dipecahkan kepada empat bahagian mengikut pecahan zon lokasi tempat tinggal penduduk yang akan diberi bantuan iaitu zon A, B, C dan D. Setiap kumpulan disertai oleh wakil dari Skuad Prihatin Johor dan penduduk kampung.

Terdapat 20 buah keluarga menerima sumbangan daripada Skuad Prihatin ABIM Johor yang terdiri daripada golongan ibu tunggal , fakir miskin, warga emas yang uzur, dan orang kurang upaya (OKU). Sumbangan berupa barangan keperluan dapur seperti beras , minyak masak, gula, tepung, kicap, sos cili, telur dan wang ringgit Malaysia dapat disumbangkan kepada setiap keluarga penerima. Antara lain, pihak Skuad Prihatin juga akan membantu memanjangkan kesulitan yang dihadapi oleh mereka ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atas kapasiti yang layak bagi mendapatkan bantuan yang sewajarnya daripada pihak berwajib untuk mereka meneruskan kehidupan selepas ini .

Alhamdulillah misi berjaya mencapai matlamat dan berakhir sekitar jam 2.00 petang. Harapan Skuad Prihatin agar ramai belia dapat bersama dan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang akan datang.
read more

Liqa’ BBQ Skuad Prihatin Johor

Pada Ahad, 24 Oktober 2010 bersamaan 16 Zulkaedah 1431H yang lalu, Skuad Prihatin Johor telah mengadakan Liqa’ atau perjumpaan di Lorong Sepakat, Kampung Sri Gading, Batu Pahat Johor disamping mengadakan BBQ. Liqa’ ini diadakan bagi mengeratkan lagi ukhwah antara ahli disamping mempertemukan ahli-ahli baru bersama pimpinan Angkatan Belia Islam (ABIM) Negeri Johor dan Daerah Batu Pahat. Seramai 15 orang yang terdiri daripada Exco ABIM Johor, Exco Skuad Prihatin Johor, Exco Majlis Belia, Exco ABIM Daerah Batu Pahat dan juga beberapa mahasiswa dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang hadir.

Liqa’ yang juga turut dihadiri oleh seorang wartawan dari Akh bar Sinar Harian ini bermula dengan ketibaan para jemputan pada jam 5.00 petang. Selepas solat Maghrib berjemaah, satu sesi taaruf dan taklimat ringkas telah diadakan bersama wakil pimpinan ABIM Johor, En. Mohd. Salehuddin Bin Ahmat Miskam yang juga merupakan Yang DiPertua ABIM Daerah Batu Pahat. Di dalam taklimat tersebut, beliau menyatakan harapan bahawa ukhwah yang terjalin ini akan berkekalan.



Taklimat ringkas berkenaan juga turut menerangkan mengenai perancangan yang bakal dilakukan oleh Skuad Prihatin Johor yang telah disampaikan oleh Ketua Skuad Prihatin Johor iaitu Saudara Muhamad Azamuddin Ahmat Miskam. Skuad Prihatin ingin meluaskan serta memantapkan lagi penyertaan remaja mahupun golongan belia agar melibatkan diri dengan persatuan ini melalui aktiviti serta program-program yang telah dirancangkan yang antaranya adalah “Program Kempen Sumbangan Seorang Sekampit Beras”.

Setelah selesai solat Isyak berjemaah, para hadirin dijamu dengan ayam BBQ serta beberapa juadah yang lain. Majlis bersurai pada jam 10.00 malam. Harapan Skuad Prihatin agar ukhwah yang terjalin ini tidak terputus dan dengan kehadiran wartawan di dalam liqa’ ini dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat diluar sana agar ramai belia dapat bersama serta melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang akan datang.
read more

Misi Bancian & Cerapan: Kg. Parit Hj. Ali, Batu Pahat

Pada Sabtu, 23 Oktober 2010 bersamaan 15 Zulkaedah 1431H, Skuad Prihatin Johor telah menjalankan bancian di Kampung Parit Haji Ali, Batu Pahat. Misi ini telah dijalankan oleh Ketua Skuad Prihatin Johor, Saudara Muhamad Azamuddin Ahmat Miskam bersama penggerak Skuad Prihatin, Saudara Mohd. Shafiq Abd. Manap.

Misi bermula dengan bertemu Setiausaha Kampung Parit Haji Ali, Tuan Haji Masran Bin Roslan dan Ketua Kampung, Tuan Haji Jemiran Bin Moharam pada jam 10.00 pagi untuk menyatakan tujuan bancian dan mengenalpasti keluarga yang layak mendapat bantuan.

Pada jam 2.00 petang, bancian bermula. Sebanyak 20 buah keluarga yang antaranya terdiri daripada orang kurang upaya, ibu tunggal dan fakir miskin telah dikenalpasti layak untuk mendapat bantuan. Misi tamat pada jam 6.30 petang. Tindakan susulan akan dibuat oleh Skuad Prihatin bagi membantu 20 buah keluarga tersebut dan diharapkan agar lebih ramai lagi masyarakat di luar sana yang dapat bersama-sama menghulurkan bantuan kepada insan-insan yang memerlukan, tidak hanya sekadar mendengar dan memandang.
read more

Misi Agenda Setempat: Sumbangan di Kg. Parit Hj. Ali, Batu Pahat























read more