Ads 468x60px

Isnin, 26 Oktober 2009

Bencana Alam : Peringatan Daripada Allah

“RENUNGKAN”

Sejak akhir-akhir ini penduduk bumi kerap dikejutkan dengan tragedi-tragedi yang menyentap kalbu. Tsunami, ribut taufan, gempa bumi dan bermacam-macam bentuk bencana yang mengorbankan beribu-ribu manusia dengan sekelip mata. Jerit tangis dan ratapan kedengaran di mana-mana. Ucapan kesedihan dan simpati menghiasi tajuk-tajuk utama berita media massa. Meratapi kematian insan yang tidak berdosa…!!

Apakah benar manusia yang terkorban tersebut kesemuanya tidak melakukan dosa? Kalau begitu tentunya mereka dizalimi! Jadinya...siapakah yang menzalimi mereka? Pencipta langit dan bumi yang menentukan perjalanan alam ini? Tidak mungkin. Allah ‘azza wa jalla tidak bersifat zalim. Dia telah menyatakan di dalam Al-Quran yang maksudnya, "...dan Allah tidak ingin menzalimi penduduk alam ini”- Ali-Imraan (108).

Di dalam hadis qudsi Allah menyatakan yang maksudnya, “Wahai hamba-hambaku… sesungguhnya Aku telah mengharamkan ke atas diri-Ku kezaliman dan Aku jadikan kezaliman itu satu perkara yang diharamkan di antara kamu. Maka janganlah kamu zalim menzalimi…”- Riwayat Muslim.

Yang jelasnya musibah ini datang kerana kesalahan manusia sendiri. Apabila mereka melakukan dosa dan engkar kepada perintah Allah maka selayaknyalah mereka dihukum. Berapa banyak ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang menyatakan tentang sebab-sebab turunnya bencana dan musibah. Namun….berapa ramai dikalangan manusia yang mahu mengambil pengajaran? Berapa ramai dikalangan mereka yang sedar daripada kelalaian? Atau mereka terus dibuai oleh keseronokan dan keindahan dunia? Lalu tidak mahu meletakkan kesalahan pada diri mereka sendiri. Tragedi yang berlaku tidak dapat melembutkan hati yang keras disebabkan selaput hitam yang menebal telah menutup hati tersebut.

Kembalilah kepada kitab Allah. Tadabburlah ayat-ayatnya. Anda akan mengetahui bahawa musibah yang silih berganti ini berpunca daripada ‘tangan-tangan’ manusia. Allah ‘azza wa jalla menyatakan di dalam Al-Quran :

وضرب الله مثلا قرية كانت آمنة مطمئنة يأتيها رزقها رغدا من كل مكان فكفرت بأنعم الله فأذاقها الله لباس الجوع والخوف بما كانوا يصنعون - النحل 112

Maksudnya : “dan Allah membuat perumpamaan dengan penempatan yang aman damai, mengecapi ketenangan dan didatangi oleh rezeki dari segenap penjuru. Lalu ia kufur dengan nikmat Allah. Maka Allah memberikan ia merasai kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka lakukan”- An-Nahl ayat 112

Perhatikan kepada ayat ini…bagaimana Allah telah mengurniakan nikmat yang besar kepada penduduk tempat tersebut dengan kehidupan yang aman damai dan rezeki yang melimpah ruah. Namun mereka kufur dengan nikmat Allah. Ertinya tidak bersyukur dengan menjadi hamba yang taat dan patuh kepada perintah Allah. Apakah balasannya? Allah menurunkan hukuman yang berbentuk kekurangan rezeki yang menjadikan mereka kelaparan, Allah mendatangkan perkara-perkara yang menakutkan mereka sebagai balasan bagi perbuatan mereka.



Perhatikan wahai hamba Allah….bukankah bencana-bencana ini merupakan perkara yang menakutkan manusia? Fikirkanlah tentang diri kita….berapa banyak rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kita? Adakah kita menjadi orang yang tahu berterima kasih kepada Tuhan? Adakah pernah kita memikirkan tentang tanggungjawab kita kepada Tuhan? Atau kita masih asyik mengejar keseronokkan dunia? Masih asyik mengejar kemewahan dunia? Ingatlah….bila manusia kufur kepada nikmat Allah dengan mengabaikan kewajipan mereka terhadap Allah dan tidak taat kepada perintah Allah maka Allah menjanjikan hukuman sebegini kepada mereka. Kalau musibah telah pun menimpa maka ia berpunca daripada perbuatan kita.

Janganlah kita terpedaya dengan keseronokan yang kita kecapi sekarang. Kemajuan, kekayaan dan kekuatan ekonomi yang kita kecapi adalah ujian daripada Allah. Jangan kita merasakan nikmat keamanan dan kesenangan yang kita miliki sekarang akan kekal seandainya kita terus melupakan Tuhan kita, melupakan ajaran Rasulullah. Bacalah peringatan daripada Allah :

أفأمن أهل القرى أن يأتيهم بأسنا بياتا وهم نائمون 0 أوأمن أهل القرى أن يأتيهم بأسنا ضحى وهم يلعبون 0 أفأمنوا مكر الله فلا يأمن مكر الله إلا القوم الخاسرون

Maksudnya : “adakah penduduk di sesuatu penempatan berasa aman daripada didatangi azab Kami pada waktu malam ketika mana mereka sedang tidur? Adakah penduduk di sesuatu penempatan merasa aman daripada didatangi oleh azab Kami pada waktu dhuha ketika mana mereka sedang bermain? Apakah mereka merasa aman daripada tipu muslihat Allah? Tidak berasa aman daripada tipu muslihat Allah melainkan golongan yang rugi”- Al-A’rof 97-99

Berapa ramai manusia yang kita dengar terkorban disebabkan bencana yang datang ketika mereka sedang tidur dan bermain? Tragedi di Aceh, Bukit Antarabangsa, baru-baru ini di Padang dan di merata dunia. Tidakkah kita merasa takut kepada tragedi yang seperti ini? Apakah kita masih lagi tenggelam dalam mimpi yang menyeronokkan dan angan-angan yang panjang? Ke manakah kita hendak melarikan diri? Kembalilah wahai hamba Allah kepada agama-NYA. Mintalah keampunan dari Rob kamu atas dosa-dosa kamu. Sedarlah bahawa kamu merupakan hamba ciptaan-NYA yang mempunyai tanggungjawab kepada-NYA selama mana kamu hidup di atas muka bumi ini.

Ingatlah….dosa-dosa manusia merupakan perkara yang mengundang bencana dan hukuman Allah. Sabda Rasulullah :

إذا استحلت أمتي خمسا فعليهم الدمار: إذا ظهر التلاعن وشربوا الخمور ولبسوا الحرير واتخذوا القيان واكتفى الرجال بالرجال والنساء بالنساء

Maksudnya : “apabila umatku menghalalkan 5 perkara maka mereka akan ditimpa kebinasaan. Apabila timbulnya perbuatan melaknati antara satu sama lain, mereka meminum arak, memakai sutera, mengambil penyanyi-penyanyi wanita, si lelaki merasa cukup dengan lelaki (gay) dan si perempuan merasa cukup dengan perempuan (lesbian)”- Sohih At-Tagrib oleh Al-Albani (dinukil dari Ad-Durarus Saniyyah).


فى هذه الأمة خسف ومسخ وقذف , إذا ظهرت القيان والمعازف وشربت الخمور

Maksudnya : “berlaku pada umat ini bencana seperti tenggelam ke perut bumi, pengubahan rupa dan ledakan apabila timbulnya penyanyi-penyanyi wanita, tersebarnya alat muzik dan arak diminum”- Sohih Al-Jamie’ oleh Al-Albani.

Siapakah yang hendak mengambil pengajaran……



read more




Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala ni'mat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut dengan bala bencana yang membinasakan, maka mereka pun berputus asa dari mendapat sebarang pertolongan. ( al-An’aam ayat 44)
read more

T-Shirt Rasmi Skuad Prihatin





Eksklusif!!! Dapatkan T-Shirt Rasmi Skuad Prihatin "T-Shirt A.F. (SolehTeen Edition)" sekarang pada harga hanya RM 20.00 (lengan pendek) dan RM 27.00 (lengan panjang/labuh). Untuk tempahan, sila hubungi Sdr. Zoolhilmi (012-7740975) atau pun melalui emel rasmi Skuad Prihatin (skuadprihatin@gmail.com). Harga tidak termasuk caj penghantaran.
read more

Khamis, 15 Oktober 2009

Senarai Penerima Kempen Sumbangan Seorang Sekampit Beras (KSSSB)

Bismillahirrahmanirrahim...

Senarai penerima sumbangan sempena Kempen Sumbangan Seorang Sekampit Beras di beberapa kawasan di sekitar Batu Pahat, Ulu Tiram dan Kota Tinggi.



Seterusnya... Kg. Sri Gading, Batu Pahat, Johor :

1. En. Halim Bin Mat Som (OKU)
2. Pn. Turiyah (OKU)
3. En. Ali Maarof (Fakir)
4. Pn. Ruminah (Ibu Tunggal)
5. Pn. Fatemah Sariman (Ibu tunggal)
6. En. Said Kassim (Angin Akhmar)
7. Pn. Kenot Kassim (Ibu Tunggal)
8. Pn. Safiah Sulaiman (Fakir)
9. Zainab Ismail (Fakir)
10. Fatimah Abdullah (Fakir)
11. Hussin (Assin) Radiman (Fakir)
12. Kunyalan Markah (Fakir)
13. Siti Harah Binti Hassan (Fakir)


Kg. Parit Suratman, Pt. Yaani :

1. Hjh Rohmah Binti Hj. Amat (Nenek tua)
2. Hjh Saniah Binti Hj. Darmon (Ibu tunggal)



Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram (Pelajar miskin dan anak yatim piatu) :

1. Mohamad Ismail Abd Rahim
2. Wan Nur Balqis Wan Murad
3. Danial Haikal Zaini
4. Nurul Izzah Osman
5. Nurun Muniera Che Azmi
6. Ummu Al-Fatin Hidayah Mohd Ishak
7. Danial Afiq Zaini
8. Naufal Amir Mohd Azlan
9. Norasiah Sahyum
10. Wan Muhammad Rauf Wan Murad
11. Muhammad Amirul Ahmad
12. Nur Fasihah Saifuddin
13. Amirul Asyaff Fairus
14. Nurul Syahirah Abdul Rahim
15. Mohd Syafiq Bin Zaimi
16. Mohd Khafez Bin Mohd Yatim
17. Al Fatiha Binti Osman
18. Wan Noor Khairulbariah Binti Wan Murad

Kg. Orang Asli, Pasir Salam, Kota Tinggi :

1. 30 keluarga masyarakat Orang Asli


Kg. Seluyut, Kota Tinggi :

1. 40 keluarga miskin dan ibu tunggal

Kg. Panchor, Kota Tinggi :

1. 40 keluarga miskin
2. Anak-anak yatim
3. Orang tua kurang upaya

Kg. Pasak, Kota Tinggi :

1. 40 keluarga miskin
2. Anak-anak yatim
3. Orang tua kurang upaya




read more