Sri Gading: Hampir 15 ahli Angkatan Belia Islam (ABIM) Johor telah mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli yang baru dan lama yang berkesempatan untuk meluangkan masa bagi mengeratkan uhwah dan saling untuk mengenali.
Perjumpaan yang dijalankan itu juga diadakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Yang Di Pertua ABIM Daerah Batu Pahat, Encik Mohd. Salehuddin Ahmat Miskam yang mengharapkan ukhwah yang terjalin ini akan berkekalan.
Malah, taklimat ringkas berkenaan juga turut menerangkan mengenai perancangan yang bakal dilakukan oleh Skuad Prihatin Johor yang telah disampaikan oleh Ketua Operasi Skuad Prihatin Johor iaitu Saudara Muhamad Azamuddin Ahmat Miskam.
Menurutnya, pihaknya kini ingin meluaskan serta memantapkan lagi penyertaan remaja mahupun golongan belia agar melibatkan diri dengan persatuan ini melalui aktiviti serta program-program yang telah dirancangkan yang antaranya adalah “Program Kempen Sumbangan Seorang Sekampit Beras”.
-Akhbar Sinar Harian: 26 Oktober 2010-
Ahad, 31 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
thanks .. :-) mabruk
Catat Ulasan