Liqa’ yang juga turut dihadiri oleh seorang wartawan dari Akh bar Sinar Harian ini bermula dengan ketibaan para jemputan pada jam 5.00 petang. Selepas solat Maghrib berjemaah, satu sesi taaruf dan taklimat ringkas telah diadakan bersama wakil pimpinan ABIM Johor, En. Mohd. Salehuddin Bin Ahmat Miskam yang juga merupakan Yang DiPertua ABIM Daerah Batu Pahat. Di dalam taklimat tersebut, beliau menyatakan harapan bahawa ukhwah yang terjalin ini akan berkekalan.

Taklimat ringkas berkenaan juga turut menerangkan mengenai perancangan yang bakal dilakukan oleh Skuad Prihatin Johor yang telah disampaikan oleh Ketua Skuad Prihatin Johor iaitu Saudara Muhamad Azamuddin Ahmat Miskam. Skuad Prihatin ingin meluaskan serta memantapkan lagi penyertaan remaja mahupun golongan belia agar melibatkan diri dengan persatuan ini melalui aktiviti serta program-program yang telah dirancangkan yang antaranya adalah “Program Kempen Sumbangan Seorang Sekampit Beras”.
Setelah selesai solat Isyak berjemaah, para hadirin dijamu dengan ayam BBQ serta beberapa juadah yang lain. Majlis bersurai pada jam 10.00 malam. Harapan Skuad Prihatin agar ukhwah yang terjalin ini tidak terputus dan dengan kehadiran wartawan di dalam liqa’ ini dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat diluar sana agar ramai belia dapat bersama serta melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang akan datang.
0 comments:
Catat Ulasan