Ads 468x60px

Isnin, 15 November 2010

Misi Bantuan Kecemasan: Kebakaran di Kampung Seri Paya Darat, Ayer Hitam



Ayer Hitam: Dalam kemeriahan seluruh umat Islam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha 10 hari lagi,satu dugaan telah menimpa sebuah keluarga di Kampung Seri Paya Darat, Ayer Hitam pada 7 November 2010 yang lalu. Kebakaran yang berpunca dari berlakunya litar pintas itu bukan sahaja memusnahkan kediaman serta harta benda milik Puan Saringatin Jalal, malah dua orang turut terkorban di dalam kejadian itu. Mangsa adalah Lenny Mariyana Daud serta anak tunggalnya, Nur Sabihah Qasreena Mohd Nizam yang merupakan anak perempuan serta cucu kepada Puan Saringatin.

Atas dasar ehsan sesama insan, Skuad Prihatin Johor yang diwakili oleh Sdra. Muhamad Azamuddin menziarahi keluarga mangsa pada Isnin, 7 November 2010 dan memberikan sumbangan berupa wang tunai kepada keluarga tersebut. Menurut Puan Saringatin, dia redha dengan apa yang berlaku dan apa yang telah Allah aturkan. Menurutnya lagi, sekiranya tiada iman, dia tidak mampu meneruskan kehidupan ini kerana Allah mengambil anak dan kesemua harta keluarganya.Subhanallah.

Janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman(Al-Imran:139)


Dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Al-Baqarah: 286)

Semoga Puan Saringatin sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. Al-Fatihah buat Lenny Mariyana Daud dan Nur Sabihah Qasreena Mohd Nizam. Moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin

0 comments:

Catat Ulasan