Ads 468x60px

Khamis, 22 Julai 2010

Usrah Online : Addunya mazro'atul a~khiroh (Dunia sebagai Ladang Akhirat)



Pada 11 Julai 2010 bersamaan 28 Rejab 1431 Hijrah, Skuad Prihatin ABIM Johor telah mengadakan Usrah Online yang kedua menggunakan perisian Yahoo Messanger. Usrah pada malam ini bertajuk “Dunia sebagai Ladang Akhirat” dimulakan pada tepat jam 9.40 malam dengan disertai seramai 6 orang ahli usrah. Naqib pada usrah kali ini adalah saudara Mohd Nurishaq.

Yang dimaksudkan dunia sebagai ladang adalah dunia merupakan satu-satunya tempat untuk kita membuat amal untuk dijadikan bekalan akhirat. Allah S.W.T. telah memberikan kebebasan kepada manusia untuk memilih tempat yang ingin dituju oleh hamba-hambanya. Terdapat banyak firman Allah didalam Al-quran yang memberitahu dan menyuruh manusia melakukan amal yang baik bagi mendapatkan ganjaran atau balasan yang baik di akhirat kelak. Antaranya adalah:

“Barang siapa yang mengerjakan amal-amal soleh, baik lelaki mahupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk kedalam syurga dan mereka tidak dianiayai walau sedikitpun”.(An-Nisa’ 4:124)


“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik (syurga)”. (Ali ‘Imran 3 : 14)

Daripada ayat-ayat diatas dapatlah kita lihat bahawa nikmat dan kesenangan yang disediakan oleh Allah kepada hambanya tersangatlah banyak dan terpulanglah kepada kita semua untuk menggunakan nikmat ini untuk mendekatkan kita ke syurga atau neraka. Sesungguhnya dunia adalah negeri persinggahan bukan negeri untuk menetap, dunia adalah tempat yang penuh dengan dukacita bukan tempat tinggal untuk bersuka ria. Maka sepatutnya bagi seorang mukmin, dia menjadikan dunia sebagai bagian perjalanan, mempersiapkan bekal dan hartanya untuk menuju ke perjalanan yang pasti. Maka kebahagiaan bagi siapa yang menjadikan perjalanan ini bekal yang akan menyampaikannya ke keredhaan Allah Ta’ala, yang menghantarkannya kepada ganjaran syurga-Nya dan kepada keselamatan dari neraka-Nya.

0 comments:

Catat Ulasan