Misi yang diketuai oleh Sdr. Muhammad Azamuddin Bin Ahmat Miskam, Ketua Operasi Skuad Prihatin ABIM Johor telah berjaya menarik 9 orang belia untuk sama–sama turun padang dalam menjayakan misi kali ini.
Misi Sumbangan ini adalah rentetan maklum balas pihak Skuad Prihatin ABIM Johor terhadap Misi Cerapan Dan Bancian di Kg. Sengkuang pada minggu lepas selain mendapatkan maklumat penerima sumbangan dengan lebih terperinci. Antara lain, pihak Skuad Prihatin juga akan membantu memanjangkan kesulitan yang dihadapi oleh mereka ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan yang sewajarnya daripada pihak berwajib untuk mereka meneruskan kehidupan selepas ini.
Seramai 7 buah keluarga menerima sumbangan ikhlas daripada Skuad Prihatin ABIM Johor yang mana 5 buah keluarga dari Kg. Sengkuang, 1 keluarga di Kg. Sri Gading dan 1 keluarga di Bandar Batu Pahat. Mereka terdiri daripada golongan ibu tunggal , fakir tegar dan orang kurang upaya (OKU). Sumbangan berupa barangan keperluan dapur seperti beras , minyak masak, gula, tepung, kicap, sos cili, telur dan wang ringgit yang bernilai RM 100 dapat disumbangkan kepada setiap keluarga penerima. Alhamdulillah misi berjaya mencapai matlamat dan berakhir sekitar pukul 5.00 petang.

0 comments:
Catat Ulasan