Ads 468x60px

Isnin, 24 Mei 2010

Latihan Da'ie Muda 02 (Siri 01)

Pada 23 April hingga 25 April 2010 bersamaan 8 hingga 10 Jamadilawal, Biro Kaderisasi dan Regenerasi ABIM Johor dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Belia Islam ABIM Pusat telah mengadakan Program Latihan Da’ie Muda 02 Siri 01. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah disertai oleh 9 orang graduan LEDAK 01.Skuad Prihatin ABIM Johor juga tidak ketinggalan menghantar seramai 3 orang wakil iaitu Sdr. Normal Eastkandar Bin Ahmad Esteamal, Sdr. Mohd Nurishaq Bin Mohd Fauzi dan Sdri. Raibatul Adawiah Binti Ahmat Miskam.

Hal ini demikian kerana pengisian program ini lebih memfokuskan nilai-nilai kesukarelawan dan khidmat masyarakat yang amat sinonim dengan amanah yang bakal digalas oleh penggerak Skuad Prihatin. Program ini adalah sebagai salah satu latihan praktikal bagi mereka.

Secara analoginya,program yang dirangka ini merupakan kesinambungan daripada Program LEDAK 01 yang telah terlaksana pada 6 Feb hingga 7 Feb 2010 lalu dan lebih berkonsepkan kemenjadian diri yang mana setiap peserta perlu menonjolkan potensi diri baik dari segi keupayaan berkomunikasi, keyakinan diri , kepimpinan dan juga keupayaan menyelesaikan masalah (critical thinking).

Dengan mengangkat motto “To Win The War Win The Heart” program ini menuntut setiap peserta agar sentiasa bersiap siaga terhadap apa jua kemungkinan yang bakal berlaku dan bijak dalam mempraktikkan kebolehan serta ilmu dalam usaha dakwah.

Program bermula pada 9.00 malam sejurus solat Isya’ bersama yang diimami oleh Sdr. Mohd Sidek Bin Roslan selaku kem komandan program. Kemudian, slot seterusnya dikendalikan oleh Ustaz Hj. Ab Razak Bin Aripin, Jurulatih Modul LEDAK. Beliau menerangkan secara terperinci tentang strategi-strategi dakwah yang mana setiap tindakan dakwah yang diimplimentasikan dalam sesuatu situasi itu perlulah mempunyai seninya yang tersendiri iaitu mengikut urutan tindakan yang tepat yang dipanggil dinamika dakwah. Selepas itu, sesi taklimat program digalas oleh Sdr. Mohd Salehuddin Bin Ahmat Miskam, Ketua Pelaksana program ini.

Dalam sesi ini, beliau memberikan dua gerak kerja yang perlu diselesaikan oleh para peserta iaitu mencari isu-isu di Jom Heboh Teluk Danga Johor Bahru untuk diketengahkan dan juga mengerakkan Misi Bantuan Kemiskinan bagi membantu En. Azmi Bin Ali.


Alhamdulillah walaupun tiada penajaan wang permulaan daripada pihak penganjur, para peserta mampu menjalankan gerak kerja mereka. Antara hasil dapatan mereka yang diketengahkan di Karnival Jom Heboh Teluk Danga Johor Bahru adalah isu surau wanita yang kurang kondusif dari segi struktur binaan dan kemudahan yang sememangnya menyentuh sensitiviti wanita Islam dalam penjagaan aurat.

Antara lain, para peserta juga membuat kaji selidik solat terhadap para pengunjung di sana. Bagi tugasan yang kedua pula, para peserta berjaya mencari dan mengutip dana sebanyak RM 475.00 hasil kutipan daripada exco-exco ABIM Johor, Koperasi Belia Islam, sahabat kenalan peserta dan juga sumbangan orang awam di Karnival Jom Heboh.

Pembentangan hasil dapatan gerak kerja dalam sekitar pukul 5.30 petang digalas oleh Pengarah Program Latihan Da’ei Muda 02 Siri 01, iaitu Sdr. Mohd Muhsein Bin Mohd Taib . Sebelum program ini melabuh tirainya, Sdr. Mohd Salehuddin memberikan taklimat ringkas tentang LEDAK 03 Siri 01 yang bakal diadakan di Sarawak Bumi Kenyalang. Beliau menggariskan motto “On Call Non Stop” sebagai misi utama Latihan Da’ei Muda 03 Siri 01.

Secara keseluruhannya, panel juri berpuas hati dengan tahap pencapaian yang ditunjukkan oleh peserta Latihan Da’ei Muda 02 siri 01 yang pertama di Malaysia ini.

Tahniah kepada semua peserta Program Latihan Da’ei Muda 02 siri 01 dan juga Jawatankuasa penggerak program. Salam perjuangan ukhwah fillah.


0 comments:

Catat Ulasan