Ads 468x60px

Selasa, 1 Jun 2010

Misi Cerapan di Kg. Sengkuang, Batu Pahat

Pada 31 Mei 2010 bersamaan 17 Jamadilakhir 1431 Hijrah, Skuad Prihatin Abim Johor telah menjalankan misi bancian dan cerapan di Kg. Sengkuang, Batu Pahat, Johor.

Misi ini diketuai oleh Sdr. Muhamad Azamuddin Bin Ahmat Miskam selaku Ketua Operasi Skuad Prihatin, Sdr. Mohd Syafiq bin Ab Manap, wakil Skuad Prihatin dan seterusnya dibantu oleh En. Ahmat Miskam Bin Hj. Sartam serta Tn Hj. Daud, wakil penduduk kampung.

Misi ini bertujuan untuk mengenalpasti serta meneliti golongan yang layak menerima bantuan Skuad Prihatin ABIM Johor melalui Kempen Sumbangan Seorang Sekampit Beras (KSSSB) pada tahun ini.

Misi bermula dengan taklimat daripada Sdr. Muhamad Azamuddin Bin Ahmat Miskam di kediaman En. Ahmat Miskam Bin Hj. Sartam . Kemudian, terus ke rumah Tn. Hj. Daud, Imam Masjid Kg. Sengkuang untuk mendapatkan maklumat terperinci berkenaan penduduk kampung yang dikategorikan sebagai asnab yang layak menerima bantuan.

Sebanyak 6 buah keluarga yang berjaya dikenalpasti dan mereka ini terdiri daripada golongan ibu tunggal , miskin tegar dan orang kurang upaya (OKU). Kebanyakan mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan bahkan ada juga yang kekurangan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan mereka.



Oleh hal yang demikian , InsyaAllah pihak Skuad Prihatin ABIM Johor akan merangka tindakan susulan bagi menyalurkan bantuan kepada mereka pada minggu hadapan dan harapan kami dengan bantuan yang sedikit ini mampu meringankan beban yang ditanggung mereka selama ini. Alhamdulillah, misi berjaya mencapai matlamat dan berakhir sekitar pukul 11.30 pagi.

Tahniah kepada jawatankuasa penggerak misi . Salam perjuangan ukhwah fillah.....

Oleh : Raibatul Adawiah Binti Ahmat Miskam


0 comments:

Catat Ulasan