Ads 468x60px

Khamis, 30 Jun 2011

KEMPEN SUMBANGAN SEORANG SEKAMPIT BERAS 2011


Ramadhan AlMubarak akan kembali lagi.. Suatu bulan yang penuh barakah, rahmah dan keampunan Allah s.w.t. Tatkala umat Islam bergembira menyambut kedatangan bulan yang mulia ini, masih ramai dikalangan kita yang sedang merintih mengharap bantuan agar dapat mengisi keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal.

Atas dasar keprihatinan, Skuad Prihatin ABIM Negeri Johor mengambil inisiatif menganjurkan kempen "KEMPEN SUMBANGAN SEORANG SEKAMPIT BERAS" bagi membantu golongan yang memerlukan agar dapat bersama-sama meraikan Ramadhan AlMubarak ini.

Sumbangan anda akan disalurkan kepada umat Islam yang memerlukan (ditindas, ditimpa bencana, pelarian, anak yatim, fakir miskin dan sebagainya).

Justeru, marilah kita bersama menunaikan tanggungjawab membantu umat Islam sebagai tanda kasih dan syukur kita kepada Allah.

"Sebaik-baik sedekah adalah di bulan Ramadhan" (HR at Tirmizi).

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun TABUNG PRIHATIN No. akaun 01014010045659 (Bank Islam Malaysia Berhad)


read more

Rabu, 29 Jun 2011

Aduan Ummat 23 Jun 2011

LAPORAN RINGKAS ISU UMMAT

Oleh : Amar mnm
Tarikh : 23 Jun 2011
Lokasi : Jalan Belati Taman Perindustrian Maju Jaya , Kempas Johor Bahru, Johor.
Masa : 12 tengahari

Latar Belakang Kes

Digambarkan bahawa Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) akan melaksanakan penambahbaikan perkhidmatannyanya iaitu akan membuka laluan ulang alik dari Gemas ke stesen Johor Bahru. Proses ini memerlukan KTM meluas dan membuka laluan (track) yang baru dimana proses ini melibatkan rumah berstatus setinggan disekitar laluan tersebut mesti dirobohkan.

Untuk makluman, penduduk dikawasan tersebut merupakan warganegara Malaysia. Pihak kami dapati rintihan dan suara mereka mengenai kes ini terhadap pihak Ketua Kg,JKK Kawasan, Dun , UMNO Cawangan, dan Jabatan Agama tidak diendahkan. Malah ia dipandang remeh oleh pihak tersebut.

Hasrat penduduk adalah ingin mendapatkan kediaman rumah kos murah dan buat sementara waktu ini ingin mencari tempat berteduh untuk keluarga mereka.

Kes ini akan kami panjangkan kepada
1.MPJBT (Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah)
2.Sinar Harian
3. Setiausaha Negeri (Perumahan)

Harapan kami sebagai NGO agar isu ini dapat di"respond" baik oleh pihak berwajib agar nasib rakyat Malaysia ini terbela.

Disertakan lensa kami di kawasan terlibat

read more