Ads 468x60px

Isnin, 24 Mei 2010

MBK : Ibu Tunggal di Kg. Sri Gading, Batu Pahat

Pada 21 Mei 2010 bertempat di No.35 Kg Sri Gading Batu Pahat Johor. Skuad Prihatin ABIM Johor dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan Batu Pahat telah menjalankan Misi Bantuan Kemanusiaan (MBK) kepada sebuah keluaga ibu tunggal yang baru kematian suaminya akibat diserang asma secara mengejut.

Misi ini berlangsung sehari diketuai oleh Sdra. Azamuddin sebagai Ketua Operasi Skuad Prihatin ABIM Johor dan Wakil daripada penduduk kampung Sri Gading En. Ahmat Miskam Bin Hj. Sartam.

Misi ini merupakan kesinambungan daripada misi bancian & cerapan yang telah terlaksana pada 19 Mei 2010 lalu.Makluman berkaitan keluarga tersebut telah disampaikan oleh penduduk kampung terus ke Sekretariat Skuad Prihatin.

Sumbangan berjumlah RM 150 berupa barangan asasi dan RM 100 tunai disampaikan terus kepada keluarga tersebut oleh Ketua Operasi Sdra Azamuddin. Plan strategik akan diaturkan kepada keluarga tersebut oleh Skuad Prihatin ABIM Johor bagi meringankan bebanan yang ditanggung dengan cara isu kemanusiaan ini akan dipanjangkan ke pihak yang berkenaan untuk diambil tindakan segera. Muga usaha yang murni ini mendapat keredhaannya.

Berikut merupakan maklumat keluarga :

1. ROSNAH BINTI JAMAT (IBU TUNGGAL,TIDAK BEKERJA)
(691014-01-5920)

2. MOHAMAD ARIF BIN SELAMAT (ANAK, 19 TAHUN)
(910224-01-6611)

3. MUHAMAD ADHA BIN SELAMAT (ANAK, 18 TAHUN)
(920611-01-6469)

4. MUHAMAD AMIN BIN SELAMAT (ANAK, 14 TAHUN )
(960128-01-6721)

5. SITI AISYAH BINTI SELAMAT (ANAK, 12 TAHUN)
(16 JUN 1998)

6. MUHAMAD AZIM BIN SELAMAT (ANAK, 10 TAHUN)
(21 JULAI 2000)

7. MUHAMAD AZRI BIN SELAMAT (ANAK, 6 TAHUN)
(25 SEPTEMBER 2004)

8. MUHAMAD ADAM BIN SELAMAT (ANAK, 10 BULAN)
(21 JULAI 2009)


read more

Latihan Da'ie Muda 02 (Siri 01)

Pada 23 April hingga 25 April 2010 bersamaan 8 hingga 10 Jamadilawal, Biro Kaderisasi dan Regenerasi ABIM Johor dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Belia Islam ABIM Pusat telah mengadakan Program Latihan Da’ie Muda 02 Siri 01. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah disertai oleh 9 orang graduan LEDAK 01.Skuad Prihatin ABIM Johor juga tidak ketinggalan menghantar seramai 3 orang wakil iaitu Sdr. Normal Eastkandar Bin Ahmad Esteamal, Sdr. Mohd Nurishaq Bin Mohd Fauzi dan Sdri. Raibatul Adawiah Binti Ahmat Miskam.

Hal ini demikian kerana pengisian program ini lebih memfokuskan nilai-nilai kesukarelawan dan khidmat masyarakat yang amat sinonim dengan amanah yang bakal digalas oleh penggerak Skuad Prihatin. Program ini adalah sebagai salah satu latihan praktikal bagi mereka.

Secara analoginya,program yang dirangka ini merupakan kesinambungan daripada Program LEDAK 01 yang telah terlaksana pada 6 Feb hingga 7 Feb 2010 lalu dan lebih berkonsepkan kemenjadian diri yang mana setiap peserta perlu menonjolkan potensi diri baik dari segi keupayaan berkomunikasi, keyakinan diri , kepimpinan dan juga keupayaan menyelesaikan masalah (critical thinking).

Dengan mengangkat motto “To Win The War Win The Heart” program ini menuntut setiap peserta agar sentiasa bersiap siaga terhadap apa jua kemungkinan yang bakal berlaku dan bijak dalam mempraktikkan kebolehan serta ilmu dalam usaha dakwah.

Program bermula pada 9.00 malam sejurus solat Isya’ bersama yang diimami oleh Sdr. Mohd Sidek Bin Roslan selaku kem komandan program. Kemudian, slot seterusnya dikendalikan oleh Ustaz Hj. Ab Razak Bin Aripin, Jurulatih Modul LEDAK. Beliau menerangkan secara terperinci tentang strategi-strategi dakwah yang mana setiap tindakan dakwah yang diimplimentasikan dalam sesuatu situasi itu perlulah mempunyai seninya yang tersendiri iaitu mengikut urutan tindakan yang tepat yang dipanggil dinamika dakwah. Selepas itu, sesi taklimat program digalas oleh Sdr. Mohd Salehuddin Bin Ahmat Miskam, Ketua Pelaksana program ini.

Dalam sesi ini, beliau memberikan dua gerak kerja yang perlu diselesaikan oleh para peserta iaitu mencari isu-isu di Jom Heboh Teluk Danga Johor Bahru untuk diketengahkan dan juga mengerakkan Misi Bantuan Kemiskinan bagi membantu En. Azmi Bin Ali.


Alhamdulillah walaupun tiada penajaan wang permulaan daripada pihak penganjur, para peserta mampu menjalankan gerak kerja mereka. Antara hasil dapatan mereka yang diketengahkan di Karnival Jom Heboh Teluk Danga Johor Bahru adalah isu surau wanita yang kurang kondusif dari segi struktur binaan dan kemudahan yang sememangnya menyentuh sensitiviti wanita Islam dalam penjagaan aurat.

Antara lain, para peserta juga membuat kaji selidik solat terhadap para pengunjung di sana. Bagi tugasan yang kedua pula, para peserta berjaya mencari dan mengutip dana sebanyak RM 475.00 hasil kutipan daripada exco-exco ABIM Johor, Koperasi Belia Islam, sahabat kenalan peserta dan juga sumbangan orang awam di Karnival Jom Heboh.

Pembentangan hasil dapatan gerak kerja dalam sekitar pukul 5.30 petang digalas oleh Pengarah Program Latihan Da’ei Muda 02 Siri 01, iaitu Sdr. Mohd Muhsein Bin Mohd Taib . Sebelum program ini melabuh tirainya, Sdr. Mohd Salehuddin memberikan taklimat ringkas tentang LEDAK 03 Siri 01 yang bakal diadakan di Sarawak Bumi Kenyalang. Beliau menggariskan motto “On Call Non Stop” sebagai misi utama Latihan Da’ei Muda 03 Siri 01.

Secara keseluruhannya, panel juri berpuas hati dengan tahap pencapaian yang ditunjukkan oleh peserta Latihan Da’ei Muda 02 siri 01 yang pertama di Malaysia ini.

Tahniah kepada semua peserta Program Latihan Da’ei Muda 02 siri 01 dan juga Jawatankuasa penggerak program. Salam perjuangan ukhwah fillah.


read more